Tujuan royalti minyak ada lah bermatlamat membasmi kemiskinan sekaligus memberi manfaat majoriti rakyat di empat negeri pengeluar minyak, saperti 'Malaysian Borneo(Sabah/Sarawak)', Terengganu dan Kelantan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad. Justeru, Sekretariat Pakatan Rakyat menegaskan semua negeri pengeluar minyak di Malaysia akan menerima royalti minyak 20 peratus jika gabungan itu mentadbir negara ini. Berbanding Lima peratus royalti minyak hanya dinikmati segelintir kelompok yang rapat dengan Umno BN.
Sejak beberapa tahun lalu, empat negeri itu kekal berada di antara lima negeri paling tinggi mencatatkan kadar miskin dan kemiskinan tegar, meskipun mempunyai kekayaan sumber minyak.- Menurut Dzulkefly, di bawah dasar Umno Barisan Nasional sejak dahulu sehingga kini, negeri berkenaan hanya menerima lima peratus dari keseluruhan hasil minyak.
Selain dari itu, PR turut mengariskan program 100 hari yang dilihat sebagai rancangan jangka pendek selepas berjaya mentadbir negara, termasuk memansuhkan ISA, merombak struktur subsidi dan menghapuskan tol._________________________________________________
Analisa Solymone
__________
Analisa Solymone
__________
Membaca strategi PR dalam usaha menarik hati rakyat ‘Malaysian Borneo (Sabah/Sarawak)’ dengan menggunapakai isu menaikkan royalti minyak ada lah sungguh menarik dan senang untuk difahami. Kalau difikirkan, ia nya sangat memberancangkan.Dengan tidak bertujuan untuk memperkecilkan integriti
Pakatan Rakyat, janji untuk memberi 20 peratus royalti minyak itu hanya lah salah satu 'criteria' daripada beberapa perkara penting bagi rakyat Sabah untuk terus maju bersama kerajaan Semenanjung...Sapertimana yang tersurat dalam perkara 20 atau pun perjanjian dalam pembentukan Malaysia, 49 tahun yang lalu.UBF dan lain-lain NGO di Sabah selalu menerangkan agar gabungan Malaysia di kaji semula mengikuti lunas-lunas yang dipersetujui sebelum 16 September 1963, ketika dulu.
- Selain dari Royalti Minyak, rakyat Sabah juga mahu;
Kadar pengagihan cukai pendapatan yang dikutip dari negeri Sabah hendak lah diperbaiki dan dinaikkan ketahap yang sesuai untuk negeri Sabah/Sarawak.- Agensi persekutuan di Sabah, hendak lah dikendali oleh penduduk tempatan
- Peluang perdagangan terus negeri Sabah dengan negara-negara lain tanpa melalui protokol ketat yang ditetapkan oleh Putrajaya.
Memberi kuasa autonomi negeri Sabah/Sarawak sebagai rakan kongsi bukan hanya sekadar sebuah negeri dibawah naungan kerajaan persekutuan.- Menyelesaikan masaalah PATI dengan lebih telus dan jujur
- Hal-hal yang penting untuk memulihkan maruah dan martabat rakyat Sabah dengan memperseimbangkan kedudukan ekonomi rakyat semenanjung dengan rakyat disini.
- kalau tidak silap saya, isu-isu yang saya paparkan diatas;, tidak di tekankan dengan sejelas-jelas nya dalam manifesto ‘Buku Jingga’.
Dalam pada itu, saya juga merasa heran kenapa kerajaan BN tidak melakukan yang terbaik untuk rakyat Sabah/Sarawak setelah sekian lama memerentah negara ini.Demi untuk memulihkan kepercayaan rakyat Sabah/Sarawak yang kini mulai bercelaru, sepatut nya, sudah tiba masa kerajaan BN merubah langkah dengan menghormati sentimen dan perihatin terhadap hak-hak rakyat disini yang sekian lama terkandas dan tercicir.
Sumber: KD, Agensi



Post a Comment