"Saban hari kita dipinta untuk “berkorban” dan ubah gaya hidup dalam menampung sara hidup seharian. Tetapi jutaan ringgit terus dibelanjakan tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat.
Rakyat terus ditindas dengan desakan dan tekanan sara hidup yang membebankan, sedangkan pemimpin yang ada duduk gah di atas dengan sewenangnya membelanjakan hasil negara untuk kepentingan tertentu," demikian kata Wan Azizah dalam satu perutusan sempena Hari merdeka kelmarin.
Wan Azizah menegaskan kemerdekaan sebenar bukanlah ditafsirkan sebagai bebas dari tekanan dan cengkaman penjajah tetapi merangkumi segala aspek kehidupan, politik, ekonomi, moral dan masyarakat. Disamping mengambil berat masalah rakyat yang semakin terbeban dengan kehidupan masa kini, - Wan Azizah mengulas mengenai kenaikan harga barang yang menekan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan pertengahan dan menghilangkan pendapatan boleh guna atau 'disposable income' mereka.
Hal itu lebih meruncing apabila rakyat diminta berkorban, bersabar dan hanya merungut; sedangkan pembaziran dan ketirisan di peringkat atasan dan pentadbiran terus berlaku saban tahun seperti yang dilaporkan jabatan audit dan media.
Kemerdekaan yang diburu adalah kebebasan hati, bukan kemerdekaan yang hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang dan rakyat mesti dipupuk untuk melahirkan jiwa merdeka, kata Wan Azizah
Pandangan Solymone
Dalam memikirkan intipati, hujah-hujah Wan Azizah yang begitu mengiris hati, saya terbaca berita memaparkan ungkapan yang berupa nasihat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kepada rakyat Sabah, juga sempena hari kemerdekaan Malaysia ke54.
Dari kefahaman saya terhadap kenyataan Musa, rakyat Sabah tidak payah gusar dengan isu-isu negatif (sapertimana yang Wan Azizah tekankan disini). Kerana selama beliau memegang tampuk Ketua Menteri, kerajaan negeri terus melipatgandakan lagi usaha untuk membawa pembangunan ke seluruh pelosok negeri. Dan secara keseluruhannya Kerajaan Sabah di bawah pimpin beliau;
- Tidak mahu berlaku sebarang kelewatan dalam menyiapkan sesuatu projek, terutama yang memberikan impak secara langsung kepada rakyat seperti jalan raya dan sekolah.
- Menerusi Koridor Pembangunan Sabah (SDC), beberapa projek sedang berjalan lancar bagi membolehkan kita merapatkan jurang pembangunan di negeri ini.
- Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai program pembangunan terus dipergiatkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi menjadikan negeri ini tempat yang terbaik dan selesa untuk didiami.
- Kerajaan menyedari betapa pentingnya usaha untuk merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan pedalaman, yang terus menjadi keutamaan kita untuk memastikan pembangunan secara holistic.
- Sabah komited untuk mengurangkan lagi kadar kemiskinan menerusi pelaksanaan beberapa projek, membina lebih banyak rangkaian jalan raya dan infrastruktur penting seperti sekolah, di samping meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan bekalan elektrik dan air di kawasan luar bandar.
- Untuk tujuan itu, Musa sering mengingatkan kepada semua wakil rakyat supaya kerap turun padang untuk mendengar dan merasai denyutan nadi rakyat, mengenalpasti dan seterusnya membantu menyelesaikan masalah rakyat.
- Perpaduan dan kesatuan adalah cara hidup dan budaya kita seiring dengan semangat 1Malaysia. Kita perlu terus berganding bahu dan mengukuhkan perpaduan yang telah kita bina lebih 50 tahun yang lalu.
- Persefahaman dan kecintaan kita kepada negara mestilah diutamakan apabila berhadapan dengan isu-isu yang mencabar terutama berkaitan hubungan antara kaum.
- Rakyat mesti sentiasa mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan para pemimpin dan pejuang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan.
- Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang perlu terus memelihara hubungan baik dan mengelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian sesama kita.
- Nilai-nilai yang positif seperti hormat-menghormati dan konsep penerimaan perlulah terus dibudayakan bagi memacu kita menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.
- Kita terus berjaya sebagai sebuah negara yang berupaya menggembleng kekuatan dan nilai-nilai positif dalam kalangan rakyat, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.
- Kita terus komited bagi memacu negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
- Hari ini banyak negara menjadikan kita sebagai model dari segi kepesatan pembangunan dan perpaduan rakyat meskipun terdiri daripada berbilang kaum dan etnik.
- Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga dengan pemimpin kita kerana meskipun trend global, serantau dan tempatan semakin mencabar, kerajaan terus berupaya memastikan pembangunan dan kemajuan negara berada pada landasan yang betul.
Oleh itu, Musa mengajak rakyat berikrar untuk terus memartabatkan kecemerlangan negara dengan semangat perpaduan dan kesatuan yang jitu.
Manakala dalam isu yang sama, Wan Azizah merasakan ikrar saperti ini meruncingkan apabila rakyat diminta berkorban, bersabar dan hanya merungut; sedangkan pembaziran dan ketirisan di peringkat atasan dan pentadbiran terus berlaku saban tahun seperti yang dilaporkan jabatan audit dan media.
Sebagai rumusan, sama-sama lah kita memikirkan sejauhmana kah ketelusan Musa berbanding kata hati Wan Azizah selaku Ketua parti Keadilan. Parti pembangkang yang pelawat (pro Musa) selalu nyatakan hanya sekadar tahu bercakap kosong dan memisungkan fikiran rakyat Sabah dengan pembohongan. Sedangkan, rakyat Sabah kini bahagia menikmati kemakmuran dalam pelbagai aspek.
Sumber: Utusan Borneo



Post a Comment