SUARA BEBAS TUARAN

Musa Aman Tolak Cadangan Hadkan Penggal PM, MB, KM?


Lumrahnya, bilamana sesuatu cadangan yang bernas lagi manasabah untuk difikir dan dibincang, selalu nya ‘referendum’ akan diajukan kepada rakyat melalui DUN atau pun Dewan Rakyat untuk pandangan umum. Atau pun konsesi pandangan ramai diperengkat cawangan, bahagian negeri dan nasional. Dan akhir nya satu kesimpulan akan tercapai untuk tujuan menerima atau pun menolak cadangan tersebut.
Contoh nya cadangan menghadkan khidmat sesaorang pegawai kerajaan atau pun pemimpin parti selalunya akan disuarakan penolakan atau pun persetujuan oleh badan-badan NGO, pemimpin masyarakat dan parti-parti politik.
  • Namun apa yang berlaku dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, lain pula cerita nya. Tanpa menunggu maklum balas dari pemimpin rakyat, beliau dengan lantang nya mengetepikan cadangan Presiden Barisan Bersatu Borneo (UBF) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kepada Kerajaan Persekutuan supaya menetapkan satu dasar kebangsaan yang mengehadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, kepada hanya dua penggal.
Walau macammana pun, Musa terima bahawa Dr Jeffrey berhak untuk menyuarakan pendapat tersebut. Dalam masa yang sama, Musa, yang juga Pengerusi BN Sabah, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

  • Jeffrey, bekas Naib Presiden PKR yang kini mengetuai badan bukan kerajaan iaitu UBF dan Yayasan Warisan Borneo, baru-baru ini dipetik sebagai berkata ingin menamatkan sistem yang diamalkan di negara ini sekarang yang membolehkan Perdana Menteri atau Ketua Menteri menjawat jawatan selama beberapa dekad.
  • Kita nya Malaysia seharusnya mencontohi negara-negara maju dan tidak mengikut jejak langkah negara yang mempunyai sejarah pemimpin berkhidmat terlalu lama.
  • Menurut bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri itu, jika seseorang pemimpin itu boleh digantikan setiap dua penggal, keseluruhan generasi tidak akan ketinggalan dalam proses membuat keputusan.
Sebelum itu, Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata bahawa beliau bersetuju cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.
Beliau berkata cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan sekiranya seseorang itu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan buruk kepada negara, maka beliau wajar diberikan peluang untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.
“Kalau kita mengehadkan tempoh kuasa contohnya satu penggal, ia tidak akan membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa penganalisa politik merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Musa untuk mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri selama mana beliau rasakan perlu.
Disini, saya sajikan 10 komen menarik lagi lucu yang dipetikkan dari sudut berita MalaysiaKini, untuk tatapan kita bersama;
  1. Narisaudin Drahman • Pengulas Tertinggi • FINANCIAL AND TAKAFUL PLANNING di Public Mutual Unit trust Consultant.
    Sepatutnya inilah amalan yang harus diikuti UMno supaya PM ,MB & KM boleh memerintah hanya 2 penggal.Mana yang tak nak idea ini maknanya mereka mempunyai hasrat yang tidak baik kepada rakyat macam Karun dengan hartanya. Musa nie nak jadi mcm Taib mahmud berkuasa lebih 20 tahun & nak jadi kaya mcm dia kot?
  2. Mat Salleh • Friends with Bro Cepline.
    Jangan kamu keterlaluan, dia tu tidak ramai bini, duit pun hasil balak ja. Cuba kalau kamu jadi KM, pasti bini kamu ada setiap negara di dunia dan tu gunung kinabalupun kamu jual.
  3. Ummi Asyarah Honey • MPI
    saya setuju sangat tu.. dorang ni selagi harta rakyat, tanah rakyatdan segala isi negeri belum habis dikebas selagi itulah mau jadi pemimpin terus..kesian rakyat..
  4. Zakri Nyan • Pengulas Tertinggi • UKM
    Kenapalah pi tanya KM ni, manalah dia nak setuju, samalah jugak dengan gi tanya kambing, boleh ka dipagar sireh, confirm dia tak setuju, sebab tu makanan dia.
  5. Janil Magansal • Top Commenter
    Apa Bila PM MB KM terlalu lama mentadbir dia akan menjadi Ular Sawa itu lah sebab negara negara Maju saperti Amerika hanya di Hadkan kepada 10 Tahun Penggal PM MB KM itu pun kalau terpilih kalau tidak memadai lah 5 Tahun ja supaya tidak berani menyalah Guna Kuasa.
  6. Terry Valten S • Top Commenter • Manager Nangka at Transporter Buah Nangka SDN BHD.
    Ini saya setuju sangat...supaya semua kamu ada peluang untuk memimpin...takkan di Sabah and Sarawak hanya ada seorang-dua saja yg pandai memimpin...kalau jadi pemimpin terlalu lama sudah karat..perlu diubah....
  7. Abdul Rajak Janit • Sandakan.
    Apa yang penting berilah peluang dan ruang pada yang muda...bergantung pada situasi....CM kita masih mampu menjaga Negeri Sabah dgn baik...selain dari YAB Datuk Seri Musa Aman sekarang belum nampak lagi yg berpotensi menerajui Negeri Sabah....PM dan MB no komen.....
  8. Ampuani Azmei • Top Commenter • Maktab Perguruan Keningau Sabah.
    Tak adil DSMA kata x setuju sistem 2 kerana diA DAH PEGANG LEBIH 2 PENGGAL tak ape kalau dia x mau jdi KM Sabah bole... bagi orang lain pula... Dato Seri Shafie Afddal lagi ok dari dia...
  9. Pak Lang Mat.
    Saya amat amat setuju dengan cadangan tu, pemerintahan paling lama pun 2 penggal supaya bini bini depa tak la nak meraban sangat atau perangai PM, MB atau KM tidak gila kuasa sangat, sebagai contoh sahidan kasim dan deris jusuh tak boleh terima hakikat yang depa orang tak mau dn menuduh pengantinya merampas jawatan mereka. Musa aman yang menentang tu dia takut terpelanting la, giliran KM sabah macam mana?
  10. Balqis Waheeda • Top Commenter.
    Elok sgatlah jwatan PM, KM, MB di hadkan 2 penggal sja..bg peluang generasi yg semakin meningkat memegang jwatan, baru negara @ negeri berdaya saing..klau terlalu lama pegang jwatan, byk buruk dr baiknya.antaranya unsur2 RASUAH, KRONI serta mengumpul kekayaan..wlaupun x semua mcm apa yg d katakan tp kebanyakan mmg mcm tu la...

Pada pandangan saya, isu yang serius saperti ini perlu juga dihalusi dari aspek positif dan negatif nya melalui referendum yang dikendali oleh badan bebas dari dalam atau pun sebarang laut kalau perlu.
Kalau difikirkan, tiada juga rugi nya kepada rakyat kalau KM, MB dan PM di gilirkan selepas 2 atau pun 3 penggal. Kerana selain dari kemapuan negara kita membekalkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa, tindakan ini akan mengurangkan spekulasi buruk terhadap pemimpin-pemimpin tersebut.

  • Hakikatnya, sejak 1963 belum pernah ada KM Sabah yang menyandang jawatan itu melebihi dua penggal. Tun Mustapha (1967-1975) meletakkan jawatan sebelum penggal kedua kerajaan USNO berakhir. Tan Sri Harris Salleh (1976-1985) kalah dipenggal kedua pemerintahan parti BERJAYA.
  • Presiden PBS, Tan Sri Pairin adalah pemimpin tunggal Sabah yang melepas penggal kedua pemerintahan (1985-1994) tetapi hanya untuk seketika sahaja. Walaupun PBS menang pilihan raya penggal ketiga 1994, kerajaan pimpinannya tidak mampu bertahan setelah beberapa ADUN meninggalkan PBS.
Jika Musa Aman terus kekal sebagai KM Sabah, dia akan mencipta satu lagi sejarah politik di Sabah kerana bakal mengetuai BN Sabah untuk penggal yang ketiga. Musa yang dilantik menjadi KM Sabah pada Mac 2003, mengetuai BN pada PRU 2004 dan 2008.
Sumber: Agensi, malaysia kini, Rontog Daily
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails