
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegur sikap pemimpin dan anggota Barisan Nasional (BN) berhubung pemberian 'laporan tipu' kepadanya semata-mata mahu menjaga hati tanpa bersandarkan kepada realiti sebenar.Penganjuran program 'syok sendiri' ini lah menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, tegas beliau,
Kata beliau, ada di kalangan pemimpin BN yang membuat program Juara Rakyat dan melapurkan bahawa konon nya telah berjaya kerana telah di hadiri oleh 300 orang rakyat tempatan. Sedangkan mereka yang datang itu, bukan nya kumpulan sasaran yang boleh membantu BN dalam PRU akan datang.- “Persoalan nya siapa 300 orang itu? Saya sudah 35 tahun dalam politik, saya dah tahu (taktik). Saya tahu
apa yang anda semua buat dan anda pun tahu apa yang saya tahu (tipu laporan).” katanya dalam perhimpunan Konvensyen BN Selangor yang diadakan di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah kelmarin. - Sebaliknya menurut beliau, adalah sesuatu yang berbaloi sekiranya sesuatu program itu dihadiri oleh kelompok sasaran tertentu khususnya yang tidak menyokong BN sebelum ini.
- "Kalau yang kita kumpulkan itu bukan Ketua Cawangan dan penyokong tegar BN, kumpulan 300 itu adalah yang dulunya tentang kita...ia memang berbaloi buat perhimpunan," katanya.
Tegas Najib yang juga Pengerusi BN Selangor, laporan tepat terutamanya mengenai tahap sokongan rakyat di sesuatu kawasan tertentu adalah sangat penting bagi memastikan langkah susulan dapat diambil.Jelasnya, matlamat BN untuk merampas kembali Selangor pada PRU akan datang adalah bergantung kepada sikap jujur dan berpijak kepada realiti.
Menurut Najib, kita kena ada bacaan politik yang tepat, jangan tipu diri sendiri, jangan tipu pemimpin di atas. Kalau bagi laporan, kelabu jangan kata putih dan hitam jangan kata kelabu.
- "Kita mesti beri laporan yang betul dan pastikan keberkesanan program dan sandarkan kepada reaksi daripada kawasan, kena ada penilaian yang tepat.
- "Zaman yang kita main laporan (tipu) macam dulu tak boleh pakai lagi...tak boleh. Ini zaman di mana kita mesti buat sesuatu tindakan yang tepat dan kena buat penilaian yang tepat, jujur dalam menyampaikan laporan," katanya.
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak hanya menjaga kepentingan kelompok masing-masing sahaja.Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata perikatan itu mungkin tidak akan berjaya memimpin negara sekiranya berdiri di atas satu kaum sahaja.



Post a Comment