SUARA BEBAS TUARAN

Nostalgia ‘ Sabah Baru - Bagus Bah'?


Analisa Solymone yang dikemaskini
Ketua Menteri Sabah, Datu Seri Musa Aman(DSMA), seringkali menyarankan agar kita menumpukan perhatian kita pada pembangunan dari pada berpolitik yang tidak berasas.
Menurut beliau, kita sepatut nya menumpukan perhatian kepada pembangunan Sabah yang sedang pesat kini. Pelancungan dari dalam dan luar negeri makin bertambah ramai, kata beliau.
  • Saterus nya, pembangunan ini dianjakan lagi tahap nya dengan terlaksananya Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang bertag kan “No one will be left behind."
  • Tidak lama dahulu, DSMA pernah menyatakan bahawa Koridor Pembangunan Sabah (SDC) setakat ini telah berjaya membawa masuk 34 pelabur.
  • Pelabur itu, yang terdiri daripada syarikat tempatan dan asing dan dari Semenanjung Malaysia, membabitkan pelaburan digabungkan berjumlah beberapa bilion ringgit dan meliputi pelbagai sector.
  • Beliau menambah, SDC, yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 18 tahun mulai 2008 hingga 2025, dijangka membawa masuk pelaburan berjumlah RM105 bilion dan mewujudkan 900,000 pekerjaan sepanjang tempoh itu.
Namun hingga saat ini, rakyat Sabah secara keseluruhan nya, maseh lagi belum melihat realiti pembangunan yang di maksudkan oleh DSMA selama ini.
Apa yang jelas, pembangunan yang diwar-warkan itu hanya lah cerita ‘fairy tales’ kepada rakyat Sabah. Realiti nya SDC ini hanya lah hak milik mereka-mereka yang terdekat dengan DSMA.

Justeru, rakyat jelata terpaksa mengisikan ruang masa mereka dengan cerita politik yang berasas fakta-fakta yang kosong. Fakta loyar buruk, kata orang di sini.

Fenomena Keadilan Untuk Sabah

Pada mula nya, isu Pakatan Rakyat atau parti Pembangkang yang di import dari Semenanjung tidak timbul di hati rakyat Sabah.
Kerana sudah banyak parti-parti tempatan yang berkebolehan untuk menampung cita rasa rakyat di sini. Saperti PBS, UPKO, PBRS, dan LDP.
Manakala parti Pembangkang antara nya Pasok, BERSEKUTU , SETIA dan SAPP (parti yang telah keluar dari BN).
  • Fenomena slogan kata ‘Keadilan Untuk Sabah’ mula di laungkan oleh parti-parti Pembangkang, hanya beberapa tahun yang lalu, bila mana kebanyakan pemimpin-pemimpin BN di sini di rasakan gagal menangani masaalah rakyat yang sedang kehausan ‘transformasi perubahan’.
  • Transformasi perubahan yang pernah di usul kan dalam manifesto ‘Sabah baru’ dan diteruskan melalui konsep 1Malaysia
  • Manifesto ini menjanjikan satu harapan untuk rakyat dapat memperbaiki nasib hidup sealiran dengan pembangunan yang dirasai oleh rakyat di Semenanjung.
  • Sedih nya, satelah BN mengambil alih tampuk pemerintahan dari PBS di Sabah, banyak janji hanya lah tinggal janji. Lebih teruk lagi bilamana pemimpin-pemimpin di sini terlalu ketara mementingkan keperluan sendiri dari kehendak rakyat yang perlu bantuan segera.
  • Bertentangan dengan slogan, 'rakyat didahulukan', nampak sangat pemimpin-pemimpin yang di bagi mandat oleh rakyat, tidak berkebolehan atau pun tidak berminat untuk merancang program yang dekat di hati rakyat.
Apa yang jelas, hampir-hampir semua perancangan dan perlaksanaan projek yang di luluskan oleh kerajaan semata-mata bertujuan untuk memanafaatkan pehak tertentu sahaja.

UMNO Parti Penyelamat Rakyat Sabah
Mengikut cerita orang-orang lama, tujuan UMNO didatangkan ke Sabah ada lah murni. Bertujuan selaku parti penyelamat suku kaum bumiputera yang beragama Islam dari belenggu kuku besi pemerentahan parti PBS pada ketika itu.
Dikatakan, pemerentahan PBS pada masa itu, tidak memberi ruang luas kepada suku kaum bumiputera Islam untuk berkongsi kuasa sepenuhnya.
  • Pada ketika itu, ada golongan pemerhati politik nasional yang lantang mengiktirafkan kerajaan PBS ada lah rasis dan mengamalkan sistem kerajaan ala-ala apartheid; saperti yang berlaku di South Africa pada suatu ketika dehulu.
  • Pada mula nya, suasana ini memang memberangsangkan. Justru itu, majoriti dari pada mereka yang beragama Islam bersetuju untuk bersatu dalam memerangi parti PBS melalui UMNO bersama sekutu yang tidak lagi menerima 'doctrine' PBS.
Sapertimana yang di nyatakan awal-awal tadi, kempen dengan menggunakan slogan 'Sabah baru' di lancarkan dengan aggresif nya; sehingga akhir nya BN berjaya merampas tampok kerajaan dari tangan PBS.
Namun, setelah sekian lama memerentah, perangai pemimpin-pemimpin UMNO-BN, mula berubah dan 'out of control'.
  • Dari apa yang kita lihat, terbukti bahawa niat mereka untuk menjadi Ahli Yang Berhormat ada lah semata-mata untuk kepentingan sendiri. Bukan untuk rakyat sapertimana yang dijanjikan.
  • Rasanya, hampir-hampir semua Ketua Bahagian UMNO Sabah, kaya raya belaka. Sedangkan ahli–ahli biasa mereka hanya sekadar mampu mengigit jari.
  • Sebagai contoh, pernah seorang ketua cawangan UMNO menyatakan pada saya bahawa anak buah beliau pernah menegur, apa kah yang beliau dapat selama ini selain dari atap-atap rumah yang maseh bocor?
Justru, tidak heran kalau ketua–ketua UMNO yang sedia ada, berusaha bermati-matian untuk mempertahankan kedudukan mereka sebagai ketua.
Seada nya, tabiat ini sudah menjadi budaya di sini. Kalau kita kaji secara keseluruhan nya, sesiapa pun yang di pilih sebagai ketua, pasti nya secara automatik mendapat kunci untuk menjadi millionaire.

EPILOG

Kemelut masaalah yang melandah rakyat Sabah, terutama sekali mereka yang diluar bandar, seakan-akan saperti dikejutkan dari mimpi ngeri...Walau macammana pun, tragedi ini hanya lah dapat di selesaikan kalau Pemimpin-pemimpin dari kerajaan pemerentah negeri Sabah dan persekutuan jujur dan telus mengotakan janji. Ia itu janji yang di manifestokan dalam deklarasi ‘SABAH BARU’ dan pardigma 1Malaysia.

0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails