
SINGAPURA - Bilangan pesalah dadah Melayu yang diberkas sepanjang Januari hingga Jun lalu meningkat sebanyak 20 peratus atau seramai 835 orang berbanding 694 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu. Secara keseluruhannya, seramai 1,741 pesalah dadah diberkas dalam tempoh tersebut.Jumlah mereka yang diberkas dalam tempoh Januari hingga Jun tahun lalu pula ialah 1,456 orang. Kaum Cina yang ditangkap meningkat sebanyak 15 peratus atau 598 orang berbanding 522 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu. Seramai 278 pesalah kaum India pula diberkas dalam enam bulan pertama tahun ini berbanding 208 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataannya semalam berkata bagi pesalah dadah yang baru pula, seramai 314 orang Melayu diberkas sepanjang enam bulan pertama tahun ini berbanding 299 orang dalam tempoh yang sama tahun lalu.- Pesalah dadah baru di kalangan kaum Cina pula berkurangan sedikit, daripada 275 orang dalam enam bulan pertama tahun lalu kepada 235 orang dalam tempoh yang sama tahun ini.
Di kalangan masyarakat India pula, seramai 80 orang diberkas berbanding 83 orang dalam enam bulan pertama tahun lalu. Menurut CNB lagi, mereka yang berusia 40 tahun ke atas adalah jumlah terbesar golongan mengikut usia yang menyalahgunakan dadah.- Mereka membentuk 43 peratus pesalah dadah, manakala yang berusia 20 hingga 29 tahun membentuk 25 peratus. Golongan berusia 30 hingga 39 tahun pula membentuk 24 peratus.
Dalam penilaiannya, CNB menjangkakan pihaknya akan melihat rampasan dadah yang lebih banyak pada masa akan datang memandangkan trend global masa kini yang melihat lebih banyak permintaan dan bekalan dadah di pasaran dunia.Statistik terkini menunjukkan CNB merampas dadah bernilai $7.7 juta sepanjang enam bulan pertama tahun ini - meningkat sebanyak $1.8 juta.



September 27, 2011 2:07 PM
Penangkapan yang lebih kerap keatas gejala2 sosial yang semakin kritikal ni. terutamanya masalah dadah.
September 27, 2011 2:58 PM
Singapura negara kecil & maju, tapi tak terkecuali juga dari masalah dadah ni...walaupun hukuman gantung diberikan kepada mereka yg mengedar dadah, masih lagi ada pusher2 ini yg masih berani membawa & mengedar dadah di singapore....hairan juga kan...
September 27, 2011 3:45 PM
di Singapura dadah jenis heroin merupakan yang sering digunakan oleh para penagih dan dadah jenis metamphetamin juga semakin popular digunakan.
September 27, 2011 3:48 PM
Rasanya walaupun Singapura mempunyai undang2 yang ketat tapi para penyeludup dan pengedar dadah juga semakin pandai untuk mencari strategi baru yang sukar untuk dikesan.
September 27, 2011 3:53 PM
Apa dah jadi dengan melayu2 nie? Jangan2 di KL mereka juga penyumbang utama.
September 27, 2011 3:55 PM
Harap ada penurunan dimasa yang akan datang. Hal ini amat memalukan bangsa melayu di negara lain.
September 28, 2011 8:05 AM
Kecewa melihat penemuan ini, harap perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi, ini merosakkan nama baik rakyat kita.
September 28, 2011 3:51 PM
Kenapa begitu banyak pesalah dadah di Singapura? Adakah kerana Singapura mudah untuk mengedar dadah dan keluar masuk dadah. Harap pihak berkuasa Singapura akan terus mengawasi pengedar-pengedar ini.
September 28, 2011 4:03 PM
Pengedar dadah terbesar di Singapura adalah orang Melayu? Apa sudah jadi orang melayu disana. Apa pun salah tetap salah, tindakkan undang-undang tetap akan dikenakan kepada mereka yang bersalah.
September 29, 2011 2:41 PM
ini benar2 memburukkan nama Melayu. kenapa perlu terlibat dgn dadah?
Post a Comment