Seringkali kita mendengar berita mengenai masaalah di negara ini berpunca dari karena warga dari Indonesia, Cambodia, Bangladesh, China dan Filipina. Masaalah yang dimaksudkan ada lah melibatkan aktiviti jenayah saperti pemerdagangan manusia, kes curi, pecah rumah dan PATI serta hal-hal yang lain.
Namun baru-baru ini, kita dikejutkan bilamana kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pelarian Islam Uighur yang mencari perlindungan di negara ini, pulang ke China. Warga Uighur daripada wilayah Xinjiang ini, sememang nya jarang sekali kita mendengar terlibat dalam aktiviti haram sapertimana yang dilaku oleh warga yang disebutkan awal-awal tadi. - Walau macammana pun, menurut sumber, kerajaan Malaysia memberi alasan tindakan diambil memandangkan 11 orang Uighur ini terlibat di dalam sindiket pemerdagangan manusia.
Dalam isu yang sama, Human Rights Watch (HRW) telah mengutuk tindakan kerajaan memulangkan 11 pelarian Uighur tersebut dan mendesak agar kerajaan tidak memulangkan 5 orang yang masih lagi ditahan di Malaysia.- Menurut HRW memulangkan mereka kepada Kerajaan Komunis China mendedahkan mereka kepada risiko serius diseksa. Kerajaan China secara
berterusan telah menganggap permintaan penggunaan bahasa Uighur serta mengamalkan agama Islam sebagai keganasan, pemberontakan dan penderhakaan. - Sebelum itu, agensi Pelarian PBB (UNHCR) telah menyatakan lima lagi yang masih ditahan telah memohon status pelarian dengan UNHCR dan agensi tersebut telah meminta untuk bertemu dengan
kesemua 16 pelarian Uighur tersebut. Tetapi permohonan UNHCR tersebut telah ditolak dan UNHCR telah melahirkan kekesalan mereka terhadap keputusan Kerajaan Malaysia tersebut. - Dilapurankan, HRW juga telah mendedahkan bahawa China telah menekan negara-negara seperti Malaysia, Thailand dan Pakistan untuk memulangkan pelarian Uighur. Trend ini bermula di Cambodia pada 2008 ketika negara tersebut dipaksa memulangkan 20 orang Uighur yang dilindungi oleh UNHCR termasuk seorang wanita hamil dan dua anak kecil ke China.
- Di Amerika Syarikat, perwakilan Republikan Chris Smith dan Senator Demokrat Sherrod Brown, yang mempengerusikan bersama Suruhanjaya Ekskekutif Kongres mengenai China juga telah mengutuk tindakan Malaysia terhadap pelarian Uighur tersebut.
Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara mendakwa bahawa pelarian Uighur ini terlibat di dalam aktiviti pemerdagangan manusia.
Namun, soalnya mengapa mereka tidak didakwa di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia tetapi disebalik nya dipulangkan ke China.
Persoalan misteri ini hanya lah Kementerian Dalam Negeri, yang dapat menjelaskan.



Post a Comment