
Peningkatan jumlah penduduk Sabah yang mendadak khususnya pada tahun 1990 sehingga 2000 di- anggap ‘luar biasa’ dan sehingga kini menjadi tanda tanya rakyat di negeri ini.Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Tan Sri Bernard Dompok, berkata pada tahun 1960, jumlah keseluruhan penduduk Sabah ialah 454,561 di mana 42 peratus daripadanya adalah suku kaum Kadazandusun.
- Beliau berkata, pada tahun 1970, Sabah mempunyai 653,- 604 penduduk berbanding 976,269 rakyat Malaysia di Sarawak. Sepuluh tahun kemudian pada tahun 1980, penduduk Sabah berjumlah 1,307,582 manakala Sarawak 1,515,536 penduduk.
- “Kemudian pada tahun 1991, tiba-tiba Sabah dengan 1,736,902 penduduk telah mengatasi jumlah penduduk Sarawak yang hanya mempunyai 1,648,217 orang.
- “Kecenderungan penuh teka-teki ini berterusan pada tahun 2000 bila bancian ketika itu meletakkan penduduk Sabah sejumlah 2,449,389 orang manakala Sarawak 2,012,616 orang. Pada tahun 2005, kita di Sabah dikatakan mempunyai 3,313,000 penduduk manakala Sarawak masih dalam lingkungan dua juta dengan 2,340,000,” katanya.
- Sehubungan itu, Dompok berkata, ini menunjukkan penduduk Sabah bertambah sebanyak 285 peratus dalam 30 tahun manakala di Sarawak pertumbuhan penduduk hanya 108 peratus.
- “Pada tahun 2005, Sabah mencatat peratusan pertumbuhan penduduk paling tinggi dalam negara iaitu 3.1 peratus berbanding purata kebangsaan yang hanya berjumlah 2.3 peratus.
- “Pada tahun 1960, data menunjukkan terdapat 168,000 Kadazandusun, iaitu hampir sama dengan jumlah Bumiputera lain di negeri ini, tetapi pada tahun 2000, suku kaum Kadazandusun hanya berjumlah 560,000 manakala Bumiputera lain telah bertambah menjadi 1.1 juta,” katanya.
eliau berkata, kes itu memperlihatkan betapa seriusnya masalah pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Oleh itu, beliau mengulangi gesaan Upko agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan.


September 27, 2011 5:03 PM
penyumbang peningkatan ni tidak lain tidak bukan memang warga asing/ PATI.
September 27, 2011 11:48 PM
Nah inilah pendapatan dari kemasukan pati.. Bukan menuduh tapi kalau memang kenyataan, mcm mana. huhu
September 27, 2011 11:50 PM
Kalau risau sangat soal peningkatan tu, bah kasi had sajalah satu family dua anak saja. hehe
September 27, 2011 11:52 PM
Kalau tak nak hadkan jumlah anak untuk setiap keluarga pastikan isu pati diselesaikan. Saya yakin kalau tiada pati di Sabah pasti ada perubahan besar yang berlaku pada jumlah ni.
September 27, 2011 11:54 PM
Kerajaan dan juga semua pihak harus cari jalan terbaik utk selesaikan masalah pati. Jangan lagi tunding jari, tapi bekerjasamalah:)
September 27, 2011 11:54 PM
Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.
September 28, 2011 8:38 AM
Peningkatan jumlah penduduk Sabah ini memang tidak logik. Rasanya rakyat pun tahu bagaimana ia boleh berlaku.
September 28, 2011 8:40 AM
Harap jumlah penduduk tidak akan terus meningkat, jika perkara ini tidak ditangani dengan baik, Sabah pasti akan dibanjiri warga asing satu hari nanti.
September 28, 2011 8:41 AM
takkan penduduk Sabah ni begitu cepat membiak? ini mgkin berkaitan dgn kemasukan PATI. kan Sabah ni ramai PATI.
September 28, 2011 8:04 PM
Definitely the illegal immigrants that contributed most in the increase of Sabah population.
September 28, 2011 8:06 PM
Family planning is important.. and clearly that many are still not aware of it. This illegal immigrants are breeding like rabbits. How long should we allow them to be here in Sabah?
September 28, 2011 9:21 PM
SEMUS ITU PATI BAH...TAK HABIS-HABIS DATANG......
September 29, 2011 9:29 AM
Memang Suruhanjaya sisatan Diraja diperlukan untuk memastikan masalah ini dapat ditangani.
September 29, 2011 9:31 AM
Kenapa dengan peningkat ini langsung tidak ada tindakkan diambil oleh pihak berkuasa.
September 29, 2011 9:37 AM
Bukankah dengan peningkatan mendadak ini penduduk boleh terfikir sendiri. Kenapa Sabah begitu cepat meningkat jumlah penduduknya. Sedangkan sebelum ini kurang dari Sarawak tapi sekarang telah meninggalkan Sarawak jauh dibelakang.
September 29, 2011 1:56 PM
entah apa perkembangan program 5P setakat ini.. jika program ini masih tidak mampu menyelesaikan masalah PATI yang semakin kritikal di Sabah, tubuhkan segera RCI dan cadangkan kaedah lain yang lebih bersifat aggresif..
Post a Comment