
Bersara daripada politik, kata Bumburing, adalah noktah terakhir untuk seorang pejuang yang merasakan Kerajaan Persekutuan tidak pernah mempedulikan aspirasi rakyat Sabah; terutama kesungguhan untuk menyelesaikan isu pendatang asing yang meranjau Sabah sejak zaman berzaman.Dengan kata-kata itu, TIMBALAN Presiden UPKO, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing, mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti akan datang bukan sahaja untuk memberi peluang kepada pemimpin muda semata-mata; malah melahirkan rasa kecewa kerajaan Kerajaan Malaysia tidak jujur kepada rakyat Sabah.
“Untuk apa saya kekal dalam parti dan jika dipilih lagi sebagai Ahli Parlimen atau Adun; sedangkan suara rakyat Sabah yang mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (SSD) tidak langsung diendahkan Kerajaan Persekutuan?” kata Bumburing dalam temuramah khas dengan Sabahkini.net, kelmarin.- Kata Bumburing, adalah lebih baik bagi beliau menghabiskan sisa hidupnya bersama keluarga, terutama ibu tersayang yang memerlukan perhatian lebih setelah kematian bapanya sedikit masa lalu.
- “Saya memilih untuk melibatkan diri dalam Amanah, sebuah NGO sebagai salah seorang Timbalan Presiden setelah bersara daripada politik,” kata Bumburing yang menolak kemungkinan menyertai sebuah parti politik lain atau pembangkang.
Kata Mojilip, Keadaan sekarang semakin meruncing dan kronik. Kerajaan Persekutuan bukan sahaja gagal menyelesaikan isu PATI di Sabah; terutama yang mendapat kerakyatan secara tidak sah; malah berbangga dengan jolokan ‘Fixed Deposit.Beliau teramat kesal kerana Memorandum yang beliau hantar kepada Menteri Dalam Negeri tidak mendapat reaksi positif.
Kata Mojilip, ramai pemimpin Sabah telah menyuarakan isu PATI di Parlimen; tetapi Kementerian Dalam Negeri menafikan dakwaan PATI mendapat kerakyatan Malaysia dan meminta bukti.
“Apabila saya menghantar bukti sahih yang diperlukan melalui Memorandum kepada KDN, mereka hanya menjawab memerlukan masa untuk mengkaji. Berapa masa yang mereka perlukan, sedangkan masalah ini sudah berlarutan sejak 1972 lagi? Apakah saya perlu mendedahkan memorandum sulit berkenaan kepada rakyat jelata barulah KDN mahu mengambil tindakan?,” tanya Mojilip yang jengkel dengan sikap acuh tidak acuh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien.
Mojilip turut kecewa dengan pendirian UPKO yang mengambil sikap berkecuali dengan tidak memberikan sebarang komitmen berhubung memorandum yang beliau sampaikan kepada KDN; yang diakui menjadi salah satu sebab utama beliau membuat keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam UPKO.


Post a Comment