
Seiring dan sejalan dengan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, dalam usaha beliau mentranformasikan politik BN, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman juga turut menyatakan hasrat bahawa kemungkinan besar Barisan Nasional (BN) Negeri Sabah akan mencalonkan ‘muka-muka baru’ pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU Ke 13) akan datang ini.- Sama ada kenyataan ini akan direalisasikan atau pun sekadar retorik semata-mata, hanya PM sahaja yang berkuasa penuh untuk menentukan nya sebelum PRU13 nanti.
- Siapa kah diantara muka-muka baru yang akan dicalonkan nanti pasti nya satu teka teki yang ramai penganalisa dan akitvist politik nanti-nantikan. Kerana percaturan BN dalam mempertaruhkan nasib melalui suntikan muka-muka baru, bukan lah semudah sapertimana yang dirancangkan.
Antara masaalah pokok yang perlu diselesaikan ia lah tata cara mengenepikan muka-muka lama yang sudah berkurun lama nya memegang tampuk kuasa dengan selesa, sehinggakan mereka merasakan tiada kemungkinan mereka digugurkan.Ada dikalangan mereka ini yang sukar menerima kenyataan bahawa mereka digugurkan dan seterusnya melepaskan jawatan yang pernah memberi keselasahan kepada mereka selama ini.
- Selalu nya dalam hal ini, rasa tidak puas hati akan timbul dan disusul dengan tindakan berupa protes dikalangan pehak yang terlibat.
- Walau macammana pun, rasa nya, dalam isu-isu saperti ini, pehak PM pasti nya bersedia menerima resiko. Kerana pada PRU13 ini, PM terpaksa merealisaikan transformasi yang beliau ilhamkan selama ini atau terpaksa berhadapan sekali lagi dengan phobia yang dilalui ketika PRU12 dan PRU negeri Sarawak baru-baru ini....Beberapa negeri dan kawasan yang di anggap selamat untuk BN, jatuh ketangan pembangkang.
- Dalam isu ini dan dengan diam-diam pehak pembangkang pun mempunyai strategi yang sama. Mungkin pada masa ini, mereka telah mengenal pasti calon-calon yang berpotensi lagi mesra rakyat untuk mewakili parti mereka pada PRU13 nanti.
Sebagai tips, selama dua tahun ini, ramai dikalangan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang telah bersara. Ini termasuk Pengarah-Pengarah, Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Tadbir Daerah, Pensyarah-Pensyarah Universiti dan lain-lain yang kita tidak tahu.Apa-apa pun terasa PRU akan datang ini pasti nya lebih mencabar dari sebelum nya.



September 29, 2011 2:38 PM
harap muka2 baru ini mempunyai semangat jiwa rakyat agar sentiasa menjaga kebajikan dan hak2 rakyat serta memajukan rakyat.
September 29, 2011 2:40 PM
PRU13 ini pasti menarik. Tidak sabar rasanya mengetahui kesudahan semua ni.
September 29, 2011 2:57 PM
Apa yg pasti, mesti ada diantara wakil rakyat & ahli parlimen yg ada sekarang akan ditukar kerana tidak perform, KPI tak sampai, atau mungkin ada sejarah menentang ketua BN negeri?
September 29, 2011 2:57 PM
keputusan yang agak sukar untuk mengenepikan orang2 lama dalam membawa masuk muka2 baru dalam pencalonan untuk PRU-13. kalau ikut macam Datuk Wilfred senang sikit. berundur sebelum disuruh berundur bagi memberi peluang kepada pemimpin2 muda yang lain.
September 29, 2011 3:00 PM
Saya tambah lagi ya Bro Solymon...
Tentang pilihanraya akan datang, unless pihak pembangkang seperti DAP & SAPP tidak menyelesaikan perbalahan mereka, peluang BN untuk menang lebih besar, adalah lebih cerah...
Pertandingan 3 atau lebih penjuru akan lebih menguntungkan BN berbanding dengan pembangkang...silap2 pembangkang boleh kehilangan duit deposit pilihanraya mereka lagi...
September 29, 2011 3:02 PM
jika nak buat tranformasi dgn memperkenalkan muka2 baru, kena pastikan muka2 baru itu benar2 berkelayakan dan berkebolehan. ia mesti jg orang yang disukai rakyat.
September 29, 2011 3:05 PM
ada juga baiknya jika ada muka baru yang ditampilkan. kerana muka baru mungkin akan membawa idea baru dan memberi peluang untuk mereka menunjukkan potensi mereka.
September 29, 2011 3:05 PM
Betul, berubahlah sebelum rakyat mengubah kerajaan. Harap kerajaan pusat akan membuat apa yang patut jika mereka masih mahu kekal relevan kepada rakyat dan negara.
September 29, 2011 4:17 PM
Semuanya terpulang kepada rakyat menilai mana yang lebih layak untuk mentadbir.
September 29, 2011 4:18 PM
Susah untuk menjangkakan siapa yang akan memenangi hati rakyat!
October 3, 2011 9:05 AM
tidak mustahil muka2 lama yang digugurkan itu akan melahirkan rasa tidak puas hati kerana pengguguran tersebut boleh mengundang persepsi negatif dikalangan rakyat terhadap mereka.. tapi bagi saya itulah yang sebaik2nya dilakukan terutama terhadap pemimpin2 yang tidak banyak menyumbang kepada rakyat.. tapi kalau boleh, yang wakil rakyat yang telah dikenalpasti banyak membantu rakyat, perlulah dikekalkan..
October 3, 2011 10:11 AM
Muka-muka baru? Itu tidak ada masalah untuk Sabah yang penting mereka ini akan dapat memberikan yang terbaik kepada rakya Sabah nanti.
Post a Comment