SUARA BEBAS TUARAN

Transformasi Luar Bandar Dalam Kenangan


Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan meminta Kerajaan Persekutuan supaya dapat memberi insentif khas kepada pelabur-pelabur yang ingin membangunkan kilang perusahaan mereka di kawasan luar bandar di negeri ini.
Beliau berharap dalam belanjawan tahun 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober nanti, cadangan tersebut dapat dipertimbangkan oleh Kerajaan Persekutuan.
  • Jelas Abdul Rahman lagi, sekiranya kilang-kilang boleh dibangunkan di luar bandar, penduduk kampung terutamanya generasi muda akan mendapat pekerjaan dan dalam masa yang sama mereka tidak akan terjerumus ke dalam masalah sosial seperti ketagihan najis dadah, melepak dan sebagainya.
Selain itu, bebanan keluarga akan berkurangan kerana anak-anak muda ini tidak lagi akan bergantung kepada ibu bapa mereka, malah mereka sebaliknya boleh memberi kehidupan yang lebih selesa kepada ibu bapa, isteri dan anak-anak mereka.

Impian Solymone

Dalam konsep yang sama, saya teringat perancangan yang pernah saya ilhamkan untuk daerah Tuaran pada suatu ketika.
Selain dari 'Blueprint', saya komplilasikan sebuah klip video berjodol, ‘Pembangunan Bersepadu Daerah Tuaran kearah 2020’ untuk edaran kepada masyarakat setempat sebagai asas sebab saya menawar diri menjadi calon bertanding di Dewan Parlimen Tuaran ( dalam tiket bebas) pada PRU12 yang lepas.

  • Walaupun saya tewas kepada Datuk Wilfred Mojilip Bumburing (BN) namun hingga kini terdapat banyak aktivist politik merasakan bahawa perancangan cadangan pembangunan insan untuk rakyat Tuaran itu maseh lagi releven dan amat sesuai untuk direalisasikan di kawasan luar Bandar Tuaran masa kini.
Harapan saya pada ketika itu, konsep pembanguan yang saya ilhamkan itu dapat dilanjutkan oleh Datuk Wilfred Mojilip selaku MP Tuaran. Kerana perancangan tersebut melibatkan banyak perkara yang boleh membantu rakyat mengurangkan jurang kemiskinan disamping membuka peluang kepada anak-anak muda untuk mendapat peluang pekerjaan.
Justeru, mengelakkan penghijraan beramai belia Sabah Ke Semenanjung.

Namun agak menyedihkan, kerana hingga hari ini, perancangan tersebut beliau diketepikan. Saya difahamkan beliau menumpuhkan sepenuh masa beliau untuk menyelesaikan masaalah PATI di Sabah ini.

Antara kompilasi perancangan cadangan Pembangunan Bersepadu Daerah Tuaran kearah 2020 tersebut ada lah;


i) Koridor DUN Tamparuli
  1. Pembangunan Industri Process Produk dari bahan getah (Joint venture dengan Negara China)
  2. Cadangan Universiti Sabah di Pekan Tamparuli ( affiliasi dengan kolej SAS dan Michigan-American sponsored)
ii) Koridor DUN Kiulu
  1. Pembangunan Pelancongan taraf antarabangsa, jenis Agro dan Eco di kawasan yang berdekatan dengan Jalan cadangan; Pekan Kiulu- kg Dampaid- kg Poring – kg Tudan.
  2. Pembaharuan dan Pemodenan Peladangan Getah di Kawasan kg Togop, kg Tibabar, Kg Pukak, Kg Sinansag, Kg Gonipis, Kg Poring, dan lain-lain kawasan yang sesuai.
iii) Koridor DUN Sulaman
  1. Instituasi Pengajian Tinggi di Kawasan Suaman-Penimpawan (oceanic based).
  2. Pelancongan di kawasan perairan teluk Sulaman - Persiaran dengan menggunakan ferri dari kg Serusop- kg Kindu- kg Sambah-kg Penimbawan dan kembali ke Serusup ( saperti yang terdapat di perairan Bosporus, Istanbul, Turkey).
  3. Pembangunan pekan baru di kawasan Suaman-Lok Nunuk
  4. Kilang produk ikan di Kawasan Suang Bangau-Sambah.
(Untuk rekod, saya difahamkan bahawa klip video saya telah lama diedarkan sebelum Koridor Pembangunan Sabah di lancarkan).
Epilog

Walau macammana pun, kerana saya tidak dilibatkan dalam struktur perancangan kerajaan, ilham itu hanya lah sekadar impian indah untuk rakyat luar bandar daerah Tuaran dan yang pasti; ia nya akan dilupakan zaman.
Dalam pada itu, harapan saya, agar Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan selaku MP, berjaya dalam missi beliau untuk mentranformasikan kawasan luar bandar daerah Kota Belud.

Klip Video ini ada lah sebahagain daripada 'isi kandungan penuh' yang asal.

9 comments:

harap cadangan DARD akan dipertimbangkan dengan sebaiknya agar KB atau kawasan luar bandar lain dapat manfaat dan pembangunan.


tranformasi yang ingin dilaksanakan kena dilakukan dgn serius, jgn separuh jalan sahaja.


dengar2 Datuk Wilfred akan bersara dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden UPKO. mungkin calon pengganti dapat merealisasikan perancangan cadangan pembangunan insan yang saudara Solymone buat.


Harap kilang2 yang ingin dibina di luar bandar menjaga tahap kebersihan agar kawasan luar bandar tidak tercemar.


Bagus juga kalau ada kilang2 di kawasan luar bandar, pasti ada perkerjaan untuk anak2 muda dan tidak perlu pergi ke bandar untuk mencari kerja.


Setuju dengan cadangan ini. Ada kebaikan insentif istimewa ini diberikan untuk mengalakkan lebih banyak pelabur untuk melabur di luar bandar. Kerajaan persekutuan patut mempertimbangkan cadangan ini.


Sayang kerana perancangan itu tidak dapat direalisasikan, dijangka ia memang boleh membawa kebaikan kepada rakyat tempatan.


bagi melaksanakan transformasi luar bandar, kerajaan patut juga mengambilkira cadangan2 sebelum ini seperti cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh sdr Solymone, serta juga mengambilkira pandangan dan kemahuan penduduk sekitar.. kita tidak mahu transformasi itu berakhir dengan bantahan atau kritikan..


Harap kawasan luar bandar tidak patut dilupakan oleh pihak kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Maka perhatian perlulah diberikan kepada mereka yang berada diluar bandar ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails