Diramalkan kedudukan bekalan padi negara akan menyusut menjelang akhir dekad berikutan negara pengeluar beras membangunkan kawasan pertanian untuk perindustrian, selain perubahan cuaca dan kekurangan tenaga pekerja dan bekalan air.
Dalam usaha memastikan bekalan beras negara mencukupi, kerajaan akan memberi tumpuan kepada penghasilan padi yang lebih optimum dan bukannya membuka kawasan baru, kata Timbalan Pengarah Bahagian Pengeluaran Ladang Lembaga Pertubuhan Peladang Mohd Rashid Awang.
Beliau berkata untuk menghasilkan pengeluaran padi yang optimum, kerajaan perlu menambah baik sistem pengairan di kawasan penanaman padi memandangkan faktor air memainkan peranan penting dalam tumbesaran padi berkualiti.
- “Selain itu, kerajaan juga perlu meningkat pengurusan kerana pengurusan yang cekap boleh meningkatkan pengeluaran benih yang baik, tahan penyakit, lebih tinggi hasilnya dan lebih kualiti,” katanya kepada Bernama di sini ini baru-baru ini.
- Mohd Rashid berkata bagi memastikan pengeluaran padi negara dapat dipertingkatkan, kawasan sawah padi sedia ada seluas 672,000 hektar di seluruh negara perlu dinaik taraf dan diperbaiki sistem salirannya.
Beliau berkata kerajaan juga perlu memperkenalkan padi hibrida yang pada masa akan datang mampu mengeluarkan hasil lebih banyak sehingga mencecah 12 metrik tan per hektar. Namun, katanya ini mungkin mengambil masa agak lama untuk memperkenalkannya memandangkan penggunaan padi hibrida ini masih dalam kajian.
Beliau berkata selain kerajaan, para pengusaha padi juga perlu mempunyai pengetahuan tinggi dan kemahiran yang betul dalam mengendalikan penanaman padi bagi mencapai penghasilan padi yang optimum.- “Jadi, apabila semua menjalankan tanggungjawab bersama tidak mustahil untuk kita mampu berdiri sendiri dan tidak lagi mengimport beras dari negara luar,” katanya.



Post a Comment