
Hari ini di Dewan Rakyat, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembebasan kesemua 125 tahanan Akta Kediaman Terhad itu sejajar dengan langkah kerajaan memansuhkan akta berkenaan.Kesemua 125 individu yang ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad 1933 akan dibebaskan selewat-lewatnya esok sejurus perintah arahan diserahkan kepada ketua polis daerah yang berkenaan.
Kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, perintah arahan pembebasan telah ditandatangani. Proses untuk penyerahannya sedang dilakukan selepas Datuk Seri Najib Razak mengumumkannya (pembebasan) di lobi Parlimen hari ini.- Dipetik Bernama Online, beliau berkata proses pembebasan kesemua mereka itu juga akan mengambil kira soal keselamatan rakyat yang mana kerajaan akan sentiasa memantau pergerakan kesemua tahanan yang dibebaskan kelak.
- Hishammuddin bagaimanapun enggan mengulas mengenai maklumat mengenai individu yang akan dibebaskan serta jenis jenayah yang dilakukan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang turut hadir berkata polis akan terus menumpukan perhatian terhadap keselamatan negara walaupun Akta Kediaman Terhad dimansuhkan.Beliau menyatakan keyakin ini bahawa undang-undang sedia ada cukup dan juga kita punyai statistik-statistik tertentu untuk tentukan keamanan ini sentiasa saja boleh terkawal.



October 8, 2011 8:44 AM
Akta ini memang wajar dihapuskan kerana sudah lapuk, ketinggalan zaman serta tidak relevan lagi dengan keadaan semasa berdasarkan dua faktor, iaitu prinsip demokrasi dan keadilan serta kemajuan ICT dan urbanisasi.
October 8, 2011 9:04 AM
harap keselamatan negara akan sentiasa terjamin. mereka yang dibebaskan daripada tahanan akta ini perlulah menggunakan kebebasan ini dengan sebaiknya dan menjadi individu yang lebih baik.
October 8, 2011 9:56 AM
Akhirnya mereka dilepaskan juga. Baguslah kalau benar pembebasan 25 tahanan akta kediaman terhad ini.
October 8, 2011 10:10 AM
Harap akta ini akan dimansuhkan kerana ini tidak lagi releven kepada zaman ini.
October 8, 2011 11:43 AM
bagaimana dengan tahanan yang ditahan dibawah akta ISA?
Post a Comment