
Bilangan pengundi baru yang didaftarkan sepanjang tahun lalu telah meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah direkodkan pada 2009, antara lain dipercayai didorong oleh spekulasi mengenai pilihan raya umum ke-13 dan peranan aktif parti-parti politik. Namun begitu, masih ada lebih tiga juta orang belum mendaftar sebagai pengundi.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima seramai 820,156 orang sebagai pemilih baru tahun lalu berbanding hanya 276,621 tahun sebelum itu. Angka lebih 800,000 itu menyamai persekitaran ketika 1999.
Dalam jawapan bertulis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong dari DAP bahawa jumlah permohonan pendaftaran baru berbeza dari tahun ke tahun kerana ia bergantung kepada kesedaran warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pemilih.- Selain itu katanya, ia juga berkait dengan sentimen keadaan politik semasa.
- “Berdasarkan trend, jumlah permohonan adalah rendah dalam tempoh selepas berakhirnya pilihan raya umum dan akan berlakunya peningkatan yang ketara dalam jumlah permohonan apabila masyarakat umum menjangkakan tarikh pilihan raya sudah semakin hampir,” katanya dipetik Harakahdaily hari ini.
Sebelum ini, Editor SabahKini Sdra Mutalib M.D berpendapat kemungkinan generasi muda tidak mempunyai keyakinan terhadap SPR yang gagal membersihkan daftar pemilih sehingga mereka memboikot pilihanraya kerana sebelum ini hak ibu bapa dna keluarga mereka dirampas oleh para pengundi hantu; terutama pendatang asing tanpa izin yang memperolehi hak mutlak sebagai pemilih berdaftar setelah mendapat Mykad Projek.Sumber: Agency



Post a Comment