SUARA BEBAS TUARAN

45,000 Orang Muda Muflis?

Labels:

Menurut berita kosmo online, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
  • Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.
  • Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup, kata beliau.
Dalam isu yang sama, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 golongan muda dari sector perkhidmatan awam yang diisytiharkan muflis.

  • Antara lain sebab-sebab mereka ini muflis ada lah;
  1. Terlibat dalam tawaran pembelian skim pembelian kereta tanpa deposit (50 peratus).
  2. Menjadi penjamin pembelian kereta (15.56 peratus).
  3. pinjaman peribadi (8.65 peratus).
  4. pinjaman perumahan (8.65 peratus).
  5. penjamin korporat (4.14 peratus).
  6. pinjaman perniagaan (3.96 peratus).
  7. hutang kad kredit (3.68 peratus).
Kata Datuk Omar Osman selanjutnya, trend itu semakin meningkat hingga 200 peratus pada 2010 dan kesemua itu melibatkan jumlah hutang di antara RM50,000 hingga RM500,000.
Sumber: Kosmo
1 comments:

45,000 ORANG MUDA MUFLIS merupakan suatu jumlah yang tinggi. Diharap pucuk pimpinan kerajaan Malaysia dapat mengambil langkah-langkah yang positif untuk mengatasi masalah yang telah di istiharkan muflis. Kerana walau pun pembentangan bajet 2012 itu cukup baik untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia tetapi pada golongan yang telah diistiharkan muflis tidak dapat menikmatinya, wal hal undi merekera dalam pilihanraya akan diambil kira juga.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails