SUARA BEBAS TUARAN

80 Penghuni Flat Terbengkalai Sejak 80-an, Di Beri Notis Pengosongan Bangunan?

Bulleted ListUntuk tujuan membaikpulih kerosakan, Majlis Perbandaran Sandakan(MPS) baru-baru ini, memberi notis pengosongan bangunan di Jalan Seaview kepada 80 orang penghuni rumah flat yang terbengkalai sejak 80-an.
Aneh nya, penghuni flat tersebut yang dikatakan kebanyakan terdiri dari orang tempatan telah menatap disana sejak 20 tahun yang lalu.
  • Menurut sumber, mereka tinggal di flat tersebut kerana gagal mendapat tempat menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Jalan Seaview dekat Buli Sim-Sim disana.
  • Seorang penghuni flat, Nurlinda Talisa, 44, berkata keluarganya telah mendiami flat itu hampir 9 tahun selepas permohonan mereka untuk mendapatkan rumah menerusi PPRT di kawasan itu ditolak.
  • Kata beliau, kegagalan permohonan itu memaksa mereka tinggal di flat itu berikutan tidak mampu untuk menyewa rumah yang lebih selesa.
  • Dalam masa yang sama, Nurlinda menerangkan bahawa flat tersebut bukan sahaja berdepan dengan bau busuk daripada sampah sarap, malah tiada kemudahan air dan tandas yang sesuai.
  • Harapan beliau, agar keluarganya dan penghuni-penghuni lain yang sudah sekian lama mendiami flat terbengkalai itu diberi peluang menikmati bantuan perumahan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat miskin.
Walau macammana pun, menurut Ketua Unit Setinggan MPS, penghuni di sana, bertindak berani membuat penyambungan elektrik secara haram daripada tiang elektrik berhampiran.
Perbuatan ini pastinya akan mendatangkan kerugian kepada pihak Sabah Electricity Sdn Bhd, katanya selepas menyerahkan notis pengosongan bangunan kepada penghuni yang berkenaan Jumaat lepas.
8 comments:

Walaupun penyambungan elektrik secara haram adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Tapi bila tiada bekalan elektrik disediakan, bagaimana rakyat boleh menikmati bekalan elektrik?


Saya bersimpati kepada nasib penghuni yang terpaksa tinggal dalam keadaan yang teruk macam ini. Harap perkara seperti ini dapat dikurangkan.


Amat menakjubkan, selama ini mereka tinggal ditempat yang tidak sepatutnya mereka diami!


Hope this matter can be solve immediately!


kalau boleh jadikanlah flat itu sebagai rumah kos rendah setelah dibaikpulih dan dilengkapi dengan segala kemudahan.


kenapa permohonan dia untuk dapatkan rumah PPR ditolak


pekara ini perlu diberikan perhatian..harap penghuni flat terbabit akan diberikan bantuan yang sewajarnya.


Kalau diberikan notis pengosongan maka dimanakah lagi 80 penghuni akan tinggal selepas ini? sedangkan permohonan mereka untuk mendapat rumah PPRT langsung tidak ada berita.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails