SUARA BEBAS TUARAN

Aktiviti Merentas Hutan Bertukar Menjadi Tragedi Ngeri 5 Pelancong Asing

Labels: ,

Aktiviti merentas hutan oleh lima pelancong asing bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka meninggal dunia, dipercayai akibat serangan jantung setelah tersesat di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Labis, baru-baru ini.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Chris Birchill, 45 tahun, dari Australia. Manakala mereka yang diselamatkan ialah Jonathan, 54 tahun, dan Alan Chadwich, 33 tahun, yang merupakan rakan senegara mangsa. Dua lagi ialah Marc Linneger, 35 tahun, dari Afrika Selatan, dan James Fraser, 45 tahun, dari Britain.
  • Pelancong-pelancong terbabit yang mula masuk ke hutan itu kira-kira 8 pagi pada Rabu lalu gagal keluar dan terpaksa menelefon rakan mereka di Singapura untuk meminta bantuan.
  • Operasi mencari dan menyelamat kesemua pelancong itu dilakukan hingga 12.30 tengah malam kelmarin, namun mereka gagal ditemui.
  • Bagaimanapun, kesemua mereka ditemui sekitar 10.30 pagi kelmarin di lokasi berhampiran tebing sungai yang terletak pada ketinggian 365 meter dan tujuh kilometer dari pintu masuk hutan lipur berkenaan.
  • Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh pelancong asing terbabit sekitar 3 petang Rabu lalu dan telah menggerakkan operasi mencari mereka.
  • 'Setelah berjalan selama tujuh jam mereka tersesat sehingga mengakibatkan seorang daripada mereka meninggal dunia,' katanya kepada pemberita di sini.
  • Jelasnya, setelah berjaya dibawa keluar sekitar 2.30 petang kelmarin, kesemua pelancong terbabit diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Segamat bersama-sama mayat mendiang Birchill.
Abd Majid berkata, kumpulan pelancong berkenaan difahamkan selalu melakukan aktiviti merentas hutan di sekitar Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Sementara itu, menurut seorang Renjer Jabatan Perhutanan negeri, Husin Abdul Latif, 38 tahun, beliau berjaya menemui kumpulan pelancong asing yang sesat itu selepas mengikuti satu jejak ranting-ranting pokok yang telah dipatahkan.
Sumber: Agensi
8 comments:

Takziah kepada keluarga pelancong yang meninggal itu. Mungkin selepas ini, mereka perlulah memastikan sesiapa yang ingin mengikuti aktiviti rentasa hutan seperti ini akan menunjukkan surat doktor yang membuktikan diri adalah sihat supaya perkara macam ini boleh dielakkan.


Harap kematian seorang pelancong ini tidak akan menjejaskan aktiviti dalam hutan selepas ini.


kepada mereka yang meminati aktiviti merentas hutan perlulah sentiasa berhati-hati...


sepatutnya ada pemeriksaan kesihatan sebelum benarkan mereka buat aktiviti lasak seperti itu.


selalu dengar kes2 pelancong asing ni sesat di hutan malah di gunung Kinabalu pun ada juga. sepatutnya lebih baik jika mereka mempunyai guide bila melakukan aktiviti2 seperti ini memandangkan mereka bukannya biasa dengan keadaan di negara ni.


sepatutnya ini jadi pengajaran kepada para pelancong yang akan membuat aktiviti seperti ini di masa akan datang. harap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi.


Takziah kepada keluarga. Sepatunya ada tourist guide ikut bersama ini untuk mengelak daripada terjadinya seperti ini.


Sebaiknya jika ingin merentasi hutan perlulah sentiasa membawa pemandu arah dan pastikan setiap mereka yang ingin melakukan aktiviti ini sentiasa dalam keadaan yang sihat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails