
KETUA MENTERI Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘Belanjawan Transformasi’ yang akan memacu kemajuan negara untuk kesejahteraan rakyat. Beliau berkata belanjawan itu memenuhi harapan dan hasrat semua lapisan rakyat.Inilah Belanjawan Terbaik yang pernah dibentangkan setakat ini, iaitu belanjawan yang inklusif dengan mengambil kira cabaran dan keperluan semasa, kata Musa
Sehubungan itu, Musa berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa terbukti prihatin dan komited terhadap kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah.- Kata Musa, Perdana Menteri bukan sahaja meneruskan, bahkan meningkatkan komitmen pembangunan terhadap Sabah menerusi peningkatan
infrastruktur jalan raya, pembangunan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu, Koridor Pembangunan Sabah (SDC), perumahan rakyat, bekalan air bersih dan pembangunan luar Bandar. - Beliau berkata belanjawan itu turut mengambil kira semua aspek termasuk pembangunan modal insan.
Dalam kegairahan meraihkan keputusan bajet 2012 tersebut , beberapa orang aktivist dan penganalisis politik Sabah merasakan Musa lupa bahawa bajet sebanyak RM 232,8 bilion itu, ada lah bajet pilihan raya yang disasarkan untuk memancing undi para guru-guru, kakitangan awam, peneroka Felda, anggota tentera,polis dan masyarakat India.Bukan banyak yang melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah dan demekian juga dengan rakyat Sarawak. In termasuk lah mengambil kira pembangunan modal insan secara keseluruhan yang tercicir selama ini, antara lain;
- Cadangan 300 MW kuasa gas asli tumbuh-tumbuhan di Lahad Datu untuk membekalkan pantai timur Sabah apabila loji kuasa arang batu kontroversi telah dibatalkan awal tahun ini.
- Menaik taraf lapangan terbang Sandakan bertaraf antarabangsa, seperti yang dijanjikan oleh Ketua Menteri Sabah pada Oktober 2010 lalu.
- Peruntukan yang jelas dan khas untuk menangani krisis pengangguran belia di Sabah dan Sarawak.
- Peruntukan khas untuk penaikan taraf kemudahan awam dan infrastruktur asas yang banyak terbengkalai dan dalam keadaan daif dikawasan luar bandar serta pedalaman Sabah dan Sarawak.
- Peruntukan suntikan untuk petani dan peladang kecil
- Peruntukan khas jangka panjang sebagai perlindungan warga terlalu tua dan miskin tegar
- Peruntukan khas untuk membiayai program 5M bagi menangani masaalah PATI di Sabah.
- Peruntukan penyelesaian projek yang banyak di janjikan untuk rakyat Sarawak ketika PRU negeri baru-baru ini
rampasan tanah-tanah adat, NCR.- PATI,
- pengangguran dikalangan belia ( maseh banyak berkeliaran sebagai kutu jalanan di kota raya KK, Kuching dan Kuala Lumpur),
- pengagihan peluang-peluang pekerjaan yang saksama dikalangan ahli koprat (bukan sekadar suku
sakat dan kroni) - serta merealisasikan transformasi Najib untuk ketengahkan muka-muka baru mengantikan muka-muka lama yang telah lupa ‘aku janji’ kepada rakyat
Walau macammanapun, pujian perlu juga di bagi kepada PM kerana berusaha meringankan bebanan pejawat awam dan ibu bapa yang mempunyai anak-anak dalam persekolahan; khas nya di Sabah dan Sarawak..


Post a Comment