
Pada 2 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan meramalkan peluang BN untuk menang dan kekal berkuasa jika PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, boleh dianggap tipis.Katanya, ini berikutan masih wujud pelbagai gejala negatif dalam parti komponen utama Barisan Nasional (BN), Umno seperti budaya cantas mencantas yang kini berada pada tahap kritikal. Selain dari itu, tindakan kerajaan dalam menengani kes Berseh juga beliau anggapkan sebagai keterlaluan sehinggakan banyak rakyat yang mula mempertikai kewibawan pemerentahan BN.
Dalam pada itu, penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar pula menjelaskan bahawa BN, tidak sekuat yang disangka. BN boleh dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jika pembangkang menggunakan strategi yang betul.- Kata beliau, pada PRU 12, pembangkang sudah berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah negara, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.
- Sejurus itu beliau menegaskan, kekalahan BN di banyak kawasan pada masa itu bukan atas sebab pembangkang kuat tetapi kerana berlaku masalah dalam BN sendiri.
Selain dari itu, Kata Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada PKR), pemimpin BN sering menganggap mereka berada dalam zon selesa dan akan sentiasa mendapat sokongan rakyat.Kata beliau pemimpin-pemimpin BN terlupa pada masa itu faktor ekonomi tidak berpihak kepada mereka. Kenaikan harga minyak menyebabkan hidup rakyat semakin terhimpit, menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Undi protes dijangka banyak membantu memenangkan calon pembangkang pada pilihan raya akan datang.
- Walau bagaimanapun, Chandra berkata, pemimpin BN kini dilihatnya sudah tersedar bahawa mereka perlu sentiasa mendekati rakyat untuk memastikan apa yang berlaku pada PRU-12 tidak lagi berulang.
Sebagai menyahut cabaran, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abd Razak telah mengorak langkah berani dengan pengumuman bahawa BN dalam merelisasikan kaedah transformasi nya, akan ketengahkan muka-muka baru dalam senarai calon-calon ketika PRU13 nanti.
Dengan ini, kebanyakan ‘veteran’ yang difikirkan terlalu lama menjawat jawatan Ahli Yang Berhormat dengan selesa selama ini, akan digugurkan.
Siapa kah diantara mereka yang digugurkan ini pasti nya akan dinantikan oleh rakyat Malaysia dengan penuh detik debaran.- Dalam masa yang sama, pemansuhan ISA juga dikatakan memainkan peranan serta membantu mengurangkan kebencian yang terbenam dihati rakyat selama ini terhadap kerajaan BN.
Dalam keadaan suasana politik yang tidak menentu di Semenanjung, menjadikan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sebanyak 56 kerusi (31 di Sarawak dan 25 di Sabah) mendapat perhatian dan menjadi rebutan komponen BN dan PR; yang bercita-cita besar untuk menerajui kerajaan Malaysia selepas PRU13 nanti.Siapa kah diantara mereka ini akan berjaya nanti? Hanya dengan kuasa ditangan rakyat Malaysia yang menentukan.



October 7, 2011 2:06 PM
mcm2 ramalan dan anggapan pasal keputusan PRU13, padahal ia belum berlangsung lagi, tarikh pun tidak tau bila lagi. semua cerita ini hnya taktik yang melemahkan semangat pihak lawan.
October 7, 2011 4:58 PM
masih ada masa lagi untuk memperbaiki kelemahan parti. kalah atau menang, itu bergantung pada sokongan rakyat dalam PRU nanti.
October 7, 2011 6:05 PM
Sdra Alexis,
Saya setuju BN maseh mampu mempertahankan kuasa mereka selepas PRU13 nanti. Kalau semua nya berjalan dengan betul, sekurang-kurang nya BN mampu menang dengan tahap ‘simple majority’.
Justeru, formula trasformasi Najib selaku ketua komponen BN perlu direalisasikan sebelum PRU13 nanti. Dengan kerja keras, pemimpin BN sepatut nya mulakan usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang memerantah.
Antara lain;
1) Teruskan misi untuk ketengahkan muka-muka baru yang mesra rakyat serta berpotensi untuk menang.
2) Dekati masaalah rakyat dengan serius dan telus, saperti:
i) Strategi mengurangkan masaalah pengangguran dikalangan belia dengan lebih agresif
ii) kenaikan gaji pejawat awam.
iii) Tanah adat jangan dirampas tetapi selesikan dengan berlandaskan konsep ‘win-win situation’
iv) Kenal pasti pembangunan yang penting untuk semua rakyat bukan sekadar memuaskan hati segelintir pemimpin yang hanya pentingkan diri sendiri.
v) Perbaiki infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan-kawasan luar bandar dengan sebaik mungkin. Bukan sekadar janji-janji politik
vi) Seimbangkan perancangan ekonomi yang boleh dinikmati oleh semua rakyat.
3) Kes ISA dan Berseh perlu di halusi dengan serius. Kurang kan kekerasan dalam usaha menyempurnakan tugas untuk menjaga keselamatan Negara.
4) Isu Borneolization perlu di tangani dengan jujur melalui perbincangan yang waras, like a brother. Bukan di selesaikan di makhamah saperti yang sedang dilakukan oleh UBF.
5) Masaalah PATI juga perlu di urus dengan telus dan jujur dengan mengambil kira sentiman penduduk tempatan serta melibatkan mereka sekali sebagai team dalam menangani isu ini.
6) Lain-lain hal yang dikira penting untuk rakyat selaku penggundi
October 8, 2011 8:55 AM
semuanya bergantung dengan pilihan rakyat..parti mana yang mampu mengambil hati rakyat, maka mereka akan menang..jadi rakyat pandai-pandai lah menilai.
October 8, 2011 9:44 AM
Kalau BN terus berdiam pasti kalah, tapi jika BN terus mendekati rakyat itu sungguh mustahil BN akan kalah dengan mudah.
October 8, 2011 10:17 AM
Saya tidak boleh menjangka sama ada BN boleh menang ataupun kalah PRU-13. Saya cuma harap sesiapa yang berjaya menjadi kerajaan nanti akan berusaha demi rakyat.
October 8, 2011 11:16 AM
untuk menyelesaikan semua masalah2 yang dihadapi oleh rakyat atau apa sahaja yang menjadi liabiliti kepada parti pemerintah dalam masa terdekat dan sekaligus, rasanya agak sukar.. tapi itulah usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan..
Post a Comment