SUARA BEBAS TUARAN

Cina Sarawak Tidak Perlu Sedih?

Labels:

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan percaya jawatan Timbalan Ketua Menteri I akan menjadi milik parti itu semula.
Dr Chan yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri berkata tidak ada makna SUPP dan kaum Cina sedih berikutan mereka ‘kehilangan’ jawatan berkenaan dalam kabinet negeri yang diumumkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kelmarin.
  • Menurut beliau keputusan itu merupakan budi bicara Ketua Menteri. Sudah tentu tidak semua pihak puas hati, jika ini berlaku sudah pasti SUPP sekarang berada di syurga.
  • Dr Chan yang tewas dalam mempertahankan kerusi DUN Piasau menerusi Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 pada 16 April lepas berkata lagi, tanpa jawatan itu wakil rakyat dan pemimpin SUPP masih boleh berkhidmat untuk rakyat.
  • Selanjutnya katanya, keikhlasan dan kesungguhan berkhidmat menyelesaikan masalah rakyat adalah lebih mustahak berbanding menduduki apa jua jawatan dalam kabinet.
  • Menurut beliau, SUPP perlu bangkit dan memulihkan semula sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap parti.
  • Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung SUPP Dato Sri Wong Soon Koh kelmarin berkata, beliau kecewa berikutan SUPP kehilangan jawatan tersebut.
  • Beliau membayangkan keputusan itu adalah susulan kemerosotan sokongan kaum Cina terhadap parti komponen yang mewakili kaum ter-sebut dalam kerajaan negeri.
  • SUPP tewas 13 daripada 19 kerusi DUN yang dipertandingkan pada pilihan raya lepas.
Kelmarin Taib mengumumkan anggota kabinet negeri yang baharu. Tidak ada lantikan sebagai Timbalan Ketua Menteri tambahan kecuali mengekalkan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.
Sebelum ini, Soon Koh merupakan antara nama yang dikhabarkan bakal mengisi kekosongan tersebut. Juga dalam senarai ialah Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Masing.
Sebaliknya, Taib melantik Soon Koh, Masing dan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Tan Sri William Mawan Ikom menjadi menteri kanan. Ia merupakan jawatan baharu diwujudkan.
Sumber: Utusan Borneo
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails