SUARA BEBAS TUARAN

Fenomena Rampasan Tanah Adat Pemangkin Trauma Rakyat Sabah


Nampak nya fenomena rampasan tanah yang berlaku berleluasa di Sabah telah mengancam kehidupan harian setiap masyarakat etnik bumputera dan ini merunsingkan sama ada tanah mereka akan selamat daripada segala pencerobohan yang tidak diketahui dan didalangi oleh pihak tertentu.
Isu rampasan tanah di Sabah oleh syarikat-syarikat ini seakan tiada penghujangnya. Mala ia nya seakan-akan menular saban hari sebagai kanser di seluruh pelusuk negeri ini.
Jauh berbeza dengan negeri di Selangor; semua rakyat diberi tanah untuk memulakan penghidupan baru...Sungguh aneh!!!
  • Pada hakikatnya semua rakyat Sabah tahu, tanah merupakan nadi dan berkait rapat dengan kehidupan masyarakat etnik bumiputera Sabah.
  • Mungkin kah kes ini hanya akan berhenti setelah semua tanah-tanah yang di pohon (LA) oleh rakyat; disapu habis oleh syarikat-syarikat yang di naungi oleh pehak pemerantah kerajaan negeri?
  • Namun harapan penduduk yang terlibat, semakin lama semakin terhakis dan menjadi satu mimpi dan igauan ngeri terhadap masa depan generasi anak watan Sabah tulen yang bergantung hidup pada tanah.
  • Keadaan ini disebabkan kejadian rampasan tanah yang semakin berleluasa oleh pihak berkepentingan dalam ketamakan mengaut keuntungan tanpa menghiraukan keperitan yang ditanggung oleh rakyat negeri ini, khasnya kaum etnik bumiputera.
Baru-baru in satu lagi kes rampasan tanah dilapurkan berlaku di Kg Sukau, Kinabatangan yang melibatkan suku kaum Orang Sungai. Kes ini dibawa ke Mahkamah Tinggi, Sandakan untuk dibicarakan.
Menurut Wakil penduduk suku kaum Orang Sungai, Katiff Bin Kussoi, semasa ditemubual, Kg. Sukau telah dibuka pada tahun 1988 dan mendapat persetujuan dan galakan daripada Pemungut Hasil Tanah, Jabatan Tanah dan Ukur yang melibatkan 30 buah keluarga dan pada tahun 1990 pemohonan tanah telah dibuat oleh penduduk setelah dipindahkan daripada tebing Sg.Kinabatangan.
  • Namun setelah 10 tahun menunggu, permohonan tanah mereka yang melibatkan seluas 191.60 hektar (473.50 ekar) telah ditolak oleh Jabatan Tanah bertarikh 8 November 2000 tanpa alasan yang kukuh.
  • Sebaliknya, tanpa diketahui, geran tanah telah dikeluarkan kepada sebuah syarikat tempatan pada 11 April 2002 yang pada asalnya pemohonan syarikat tersebut juga telah ditolak.
  • Menurut Wakil Rakyat Sukau, Saddi Abdul Rahman melalui kenyataan akhbarnya sebelum ini telah mengatakan bahawa kes tanah yang melibatkan penduduk Orang Sungai, Kg Sukau telah selesai tetapi disangkal oleh penduduk kampung sebagai menutup berita daripada pengetahuan umum.
  • Bagaimanapun, proses perundangan masih lagi berjalan sehingga sekarang semasa berita ini dilaporkan dan diharap pembelaan kes ini dibuat secara adil.
  • Laporan SUHAKAM mengatakan terdapat 1,000 aduan berkenaan tanah telah diterima dan daripada jumlah tersebut 824 kes adalah daripada negeri Sabah iaitu satu jumlah kes yang besar dan serius berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.
  • Dalam isu yang sama, September lalu kumpulan aktivist Pemuda SAPP telah membuat liputan berita mengenai rampasan tanah yang berlaku terhadap Orang Murut, Serudong Ulu, Kalabakan yang melibatkan tanah seluas 4,000 ekar oleh syarikat kelapa sawit.
  • Dalam pada itu, rampasan tanah juga berlaku di kawasan Tongod, Kudat, Pitas, Banggi dan tempat- tempat lain di Sabah yang tidak mengira kawasan yang melibatkan keluasan kecil sehinggalah ke ratus ribu ekar.
Rampasan tanah berlaku dikatakan mempunyai hubungkait dengan situasi politik dan kehilangan hak-hak tanah kepada masyarakat etnik bumiputera Sabah turut menambah kepada peningkatan statistik kemiskinan di Sabah disebabkan hilang sumber pendapatan isi keluarga dalam menyara kehidupan harian kerana 40% kemiskinan adalah kaum bumiputera yang telah dilaporkan oleh Bank Dunia.
________________________________________
Sumber: SabahKini, SAPP Media
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails