
Filipina telah memutuskan syarat yang ketat jika mengambil warga negara itu bekerja untuk keluarga termasuk membayar gaji minimum US$400 (RM1,200) seperti terkandung dalam undang-undang republik itu.Kedutaan itu memberikan reaksi ini selepas sebuah agensi pekerjaan tempatan menyatakan bahawa adalah lebih baik para majikan mengambil pekerja untuk keluarga dari Filipina.
Kedutaan Filipina di sini lebih suka pekerja mahir dan separuh mahir negara itu bekerja di Malaysia daripada pekerja untuk perkhidmatan dalam keluarga isi rumah.- Kedutaan berkenaan dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, Rabu berkata Filipina dan pihak berkuasa negara tuan rumah lebih mudah menentukan hak dan kebajikan pekerja mahir dan separuh mahir bekerja di pejabat dan kilang daripada mereka yang bekerja untuk keluarga.



October 21, 2011 9:55 AM
Pada satu hari nanti, bukan rakyat Filipina ataupun Indonesia yang bertugas sebagai Amah di negara kita, tapi rakyat kita yang bertugas sebagai Amah di tempat mereka.
October 21, 2011 9:57 AM
Kerajaan Malaysia jangan terlalu yakin ataupun bangga kerana negara kita lebih maju daripada negara mereka. Kita kena terus meningkatkan kebolehan rakyat kita supaya akan terus maju. Jika kita berhenti di sini sahaja, pada satu hari nanti, negara jiran kita pasti akan melimpasi kita.
October 21, 2011 10:51 AM
Macam lebih2 la pula. Yang PATI mungkin tidak akan pilih kerja. Selagi ada yang mahu mengupah, selagi tu dorang terima. Mahu bekerja di sektor mahir/ separuh mahir tu bergantung pada kemahiran dan kelayakan individu. Tapi harap kerajaan cuma mengambil pekeja asing untuk sektor2 yang memerlukan saja. Jika tidak lebih ramai rakyat M'sia yang akan menganggur, sebab majikan semamangnya gemar mengupah warga asing boleh dibayar murah.
October 21, 2011 10:54 AM
awarga filipina dah terlalu ramai di negara kita, samada yang sah atau tidak. tak perlulah nak ambil mereka ke negara kita lagi.
October 21, 2011 10:55 AM
Ada baiknya hadkan pengambilan warga asing ke M'sia. Negara telah mengalami masalah penambahan penduduk, teruamanya di Sabah. Ini disebabkan masalah PATI yang tidak dibendung dan ditangani dengan agresif. Masalah ini akan memberi impak negatif kepada rakyat Sabah dari sosial dan ekonomi. Harap kerajaan negeri lebih agresif dalam isu PATI dan penambahan penduduk secara mendadak.
October 21, 2011 10:56 AM
kurangkanlah mengambil pekerja dari negara asing. ramai lagi ornag tempatan boleh bekerja.
October 21, 2011 11:04 AM
akur saja la kalau tidak ada negara yang sudi menghantar pembantu rumah ke negara ini. bukan sekali dua kes penderaan pembantu rumah berlaku di negara ini, malah berkali2..
October 21, 2011 11:07 AM
kerajaan juga tidak patut menggalakkan pekerja2 asing berkerja di pejabat, kilang atau perladangan di negara ini.. selesaikan dahulu masalah belia tempatan yang menggangunr sebelum menggunakan khidmat pekerja asing.
October 21, 2011 1:24 PM
Setuju dengan pendapat Mohd Ishak. Malaysia walaupun lantang bersuara, kena merendah diri juga dan belajar dari negara2 yang sudah berjaya. Para pemimpin harus berfikiran terbuka untuk menerima idea2 baru yang boleh menambahbaik keadaan negara ini. Kerajaan juga harus mengutamakan kebajikan rakyat secara keseluruhan dan tidak berat sebelah.
October 21, 2011 1:31 PM
takkanlah gaji amah pun mahu RM1200. kalau di Sabah ni agak2lah berapa saja gaji pekerja di syarikat2 swasta. lainlah kalau di SM. mungkin masih boleh dipertimbangkan RM1200 tu..
October 21, 2011 1:33 PM
lebih baik jika mengambil warganegara kita sendiri untuk menjadi pembantu rumah.
October 21, 2011 1:35 PM
mungkin usaha untuk menarik minat warga tempatan untuk bekerja sabagai pembantu rumah perlu dilakukan..termasuklah menyediakan gaji yang agak berpatutan.
October 21, 2011 1:36 PM
lebih baik tidak bergantung pada amah2 yang diimport dari negara luar. kurang juga masalah yang dihadapi negara dalam soal kebanjiran warga asing ni.
October 21, 2011 2:02 PM
They are singer here in Malaysia.
October 21, 2011 2:12 PM
I rather take Indonesian than Pilipinas as my Amah!
October 22, 2011 10:40 AM
Lakukanlah perbincangan yang terbaik untuk menghantar menjadi amah.
Post a Comment