SUARA BEBAS TUARAN

Graduan Di Saran Jangan Terlalu Pilih Kerja?


Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D’Cruz menyarakan agar Graduan yang baru menamatkan pengajian menerima sebarang pekerjaan yang ditawarkan, walaupun bukan bidang yang dipelajari di pusat pengajian.
Kata beliau, mereka tidak harus terlalu memilih kerja kerana untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian, mengambil masa.
  • Antara faktor lambakan pekerja asing di negara ini adalah kerana rakyat Malaysia terlalu memilih kerja, katanya kepada media selepas merasmikan Konvokesyen Ke-9 Kolej CQ-Tec di sini.
Sebelum itu, pada bulan jun yang lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata seramai 32,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian dari institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.
  • Kata beliau, statistik Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan graduan wanita lebih ramai gagal mendapat pekerjaan iaitu sebanyak 21,760 berbanding lelaki seramai 10,240 orang.
  • Menurut beliau selanjutnya, antara sebab graduan gagal mendapat pekerjaan adalah kerana bidang kelulusan mereka kurang mendapat permintaan daripada pihak majikan.
  • Dari dua pandangan yang berasingan ini kita boleh rumuskan bahawa masaalah sebenar nya dihadapi oleh graduan yang maseh menganggur itu bukan lah kerana mereka terlalu memilih kerja, tetapi disebaliknya pehak majikan tidak menerima mereka dalam jurusan yang tidak memenuhi kretaria syarikat.
  • Justeru, Datuk Maglin Dennis D’Cruz perlu mengkaji semula cadangan beliau kepada graduan supaya tidak terlalu memilih pekerjaan.
  • Pada hakikat nya maseh berpuluh ribu golongan tersebut maseh menunggu peluang yang seakan-akan tidak kunjung tiba.
Dalam isu ini, kerajaan sepatutnya campur tangan untuk berunding dengan majikan yang tidak sehaluan dengan dasarnya dalam usaha membasmikan pengangguran dikalangan belia yang berstatus Graduan.
Kerana golongan yang berpendidikan tinggi sebanyak itu, boleh menggugat kestabilan social negara, kira nya situasi mereka dibiar berterusan lagi berpanjangan.
Sumber: Agensi
8 comments:

Pekerjaan yang berkaitan dengan kursus yang pernah diambil itu bukan senang boleh didapati. Sekurang-kurangnya dapatkan sesuatu pekerjaan semasa menunggu peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini supaya tidak membazirkan masa.


Yang penting jangan mudah putus asa bila mencari pekerjaan.


jika graduan itu memilih kerja pun, faktor utama yang menjadi pertimbangan mereka ialah gaji. jika gaji kecil, bagaimana mereka mahu membayar balik pinjaman pendidikan, sara hidup dan keperluan2 lain? sudah tentulah mereka terdesak memilih pekerjaan yang mempu memberikan mereka ganjaran setimpal dengan kelulusan mereka, atau mungkin sekurang2nya dapat membayar balik pinjaman pendidikan.


kalau tersasar dari bidang pun tidak apa ba yang penting tidak menganggur. Para graduan perlu flexible.


setuju dengan rebirth..gaji adalah faktor utama yang dipertimbangkan untuk mencari pekerjaan. ini kerana kos sara hidup dan graduan perlu membayar balik pinjaman, menyebabkan mereka perlu mencari pekerjaan yang menawarkan gaji agak baik. harap pekara ini akan diberikan perhatian di Samping graduan itu sendiri juga perlu sentiasa berusaha untuk medapat pekerjaan.


kadang2 graduan yang berusaha mencari pekerjaan tidak mempunyai kemahiran sehingga menyebabkan mereka tidak dapat bersaing dengan orang lain.


Ini yang berlaku sekarang kerana terlalu memilih kerja terpaksa mengganggur. Harap sikap ini diubah kepada para graduan.


para graduan tu jgnlah terlalu memilih kerja, carilah kerja buat sementara mencari kerja yang lebih baik.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails