
BN Mesti Jadi Parti Untuk Semua Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sering kali menyuarakan kepastian bahawa ada transformasi dalam pemilihan calon BN sewaktu PRU13 nanti.Dalam pada itu beliau juga mengingatkan ahli-ahli dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak menganggap diri mereka sebagai calon "winnable" dan sabotaj gabungan itu jika mereka tidak dipilih sebagai calon bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
- Presiden Umno dan Pengerusi BN berkata BN akan meletakkan calon-calon terbaik yang mempunyai kualiti "winnable", dipilih selepas kajian yang sistematik dan teliti.
- "Jika kita mahu memastikan kemenangan, kita mesti pilih calon winnable," katanya pada sesi maklumat BN Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Ahad, yang dihadiri oleh 8000 pemimpin-pemimpin BN dan ahli-ahli dari wilayah perseketuan.
- "Jangan mewujudkan puak dalam parti-parti. Jangan sabotaj satu sama lain. Jika kita mahu menang, kita perlu melakukannya dengan cara yang winnable. Kita tidak perlu bergaduh sesama kita, "katanya.
- Najib berkata beliau tidak mahu melihat sesiapa sahaja mewujudkan masalah dan berpuak- puak menyebabkan perpecahan di kalangan parti-parti komponen BN semata-mata kerana pilihan mereka untuk calon tidak dipilih.
Perdana Menteri berkata beliau telah belajar dari 35 tahun pengalaman dalam politik bahawa sabotaj boleh dilakukan secara terbuka atau secara halus.Najib menasihatkan semua parti komponen BN untuk bersatu dan meningkatkan persediaan mental dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.



Post a Comment