
Laporan Wikileaks bertarikh 18 Ogos lalu menyatakan wujudnya penyelewengan pemberian kerakyatan kepada 60,000 warga asing di Sabah, dan kemudiannya dilaporkan dalam portal berita MalaysiaKini pada 20 September lalu.Laporan itu turut berkata bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid mengaku pernah melakukan perbuatan sedemikian.
Selain itu, laman web rasmi stesen TV di Indonesia SCTV pada 25 Ogos 2005 bertajuk “Ribuan Nelayan Bugis Menjadi Warga Malaysia” mendakwa Umno sebagai parti politik terbesar di Malaysia memberi Mykad sekaligus hak mengundi kepada nelayan Bugis.- Berasakan lapuran ini, Badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 Jumaat lalu, menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berhubung pemberian kerakyatan dan hak mengundi kepada warga asing.
Memorandum setebal 13 muka surat itu mengandungi tiga laporan media berbeza yang menyiarkan artikel berkaitan isu terbabit, selain bukti semakan senarai daftar pemilih dalam sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Jingga 13 mengharapkan KPN siasat segera isu ini dan ambil tindakan serius terhadap Umno yang menjadi pengkhianat negara dan menyeru agar dalang yang terlibat dihukum dan ditangkap ikut peruntukan undang-undang sedia ada.
- Jurucakap Jingga 13, juga mahu polis bertindak menangani isu ini dengan adil tanpa sebarang prejudis memandangkan pihaknya sebelum ini pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), serta laporan polis tetapi tidak pernah mendapat sebarang maklum balas.
Dalam masa yang sama, Jingga 13 memohon agar siasatan menyeluruh dibuat terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN), SPR dan JPN terhadap kewujudan identiti palsu dalam daftar pemilih SPR yang ternyata tidak wujud.Memorandum itu diterima oleh wakil Pegawai Penerbitan Cawangan Perhubungan Awam PDRM Timbalan Supritendan N Venugopal kira-kira 3.30 petang. Kira-kira 12 wakil Jingga 13 turut hadir ketika serahan memorandum itu dibuat.



October 20, 2011 9:52 AM
Perbuatan memberi kerakyatan kepada warga asing ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan mengkhianat.
October 20, 2011 9:53 AM
Diharapkan pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ini akan diberhentikan. Sesiapa yang terlibat patut dikenakan hukuman undang-undang.
October 20, 2011 10:05 AM
Perlu buka kes untuk membanteras kegiatan tu.
October 20, 2011 11:39 AM
macam mana lagi kerajaan mahu nafikan jika negara lain juga mengiyakan dakwaan ini.. penyelesaiannya, laksanakan saja apa yang dituntut oleh Jingga 13 dalam memorandum itu..
October 20, 2011 1:51 PM
isu berkaitan warga asing memerlukan perhatian yang serius..apa juga isu yang wujud harus ditangani agar ianya tidak berlarutan dan tidak menjadi lebih teruk lagi.
October 20, 2011 5:09 PM
sudah banyak isu2 yang timbul berhubung dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing. takkan masih dinafikan? kebarangkalian semua ini berlaku memang tidak diragui lagi.
October 21, 2011 11:09 AM
Setahu saya orang yang cukup syarat saja yang akan diberikan kerakyatan dan bagi yang tidak lepas syarat rasanya tidak akan mendapat kerakyatan dengan mudah.
Post a Comment