SUARA BEBAS TUARAN

Kerana Harga Tiket Mahal Web FAM DI Godam?


Tengah malam semalam Laman FAM dipercayai digodam dan mesej yang diletakkan jelas menunjukkan tindakan itu dilakukan kerana marah dengan kenaikan harga tiket perlawanan akhir yang akan diadakan hari ini.
Perlawanan akhir berlangsung di Stadium Shah Alam membabitkan pertemuan Terengganu dan Negeri Sembilan.
Lambang FAM diletakkan imej babi dengan simbol '$' manakala perkataan persatuan diconteng dengan tanda pangkah. Mesej penggodam pada laman itu turut melabel FAM seolah-olah bertindak seperti 'kapitalis' dengan menaikkan harga tiket.
  • Laman yang digodam itu turut membawa satu berita akhbar tempatan mengenai kenaikan harga tiket dengan kenyataan FAM bahawa pihaknya tidak akan berganjak daripada keputusan mengenakan RM50 daripada RM30 meskipun diprotes dan dikecam banyak pihak. Tindakan itu menimbulkan kemarahan peminat bola sepak yang merasakan kenaikan itu satu beban.
  • Sebelum itu, Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya dilempar lima bungkus plastik mengandungi cat merah dilempar oleh empat lelaki bermotosikal dari luar kawasan wisma itu sehingga mengotori lantai pintu depan wisma serta memercik dan bertompok pada dinding tingkat satu serta bumbung.
Sementara itu, polis berkata pihaknya menolak andaian kejadian melempar cat merah di Wisma FAM berpunca daripada isu kenaikan harga tiket perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah, bagaimanapun berkata polis akan menyiasat sama ada wujud unsur khianat atau hutang memandangkan ia boleh berlaku atas banyak sebab.
Sumber: Agensi.
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails