SUARA BEBAS TUARAN

Laskar Merah Putih Serbu Kedutaan Malaysia


Wakil TV3 di Jakarta, Didik Budiarto melaporkan pertubuhan bukan kerajaan yang menggelarkan dirinya "Laskar Merah Putih" menghampiri bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dengan perasaan marah. Mereka lalu memacakkan bendera merah putih di hadapan pagar bangunan kedutaan.
Kumpulan berkenaan, diketuai Adek Efril Manurung, bagaimanapun gagal memasuki bangunan kedutaan. Mereka mengancam untuk kembali ke kedutaan dengan kumpulan yang lebih besar 28 Oktober ini.
  • Tunjuk perasaan tercetus kononnya Malaysia mengambil 1,400 hektar tanah di Camar Bulan dan Tanjung Datu.
  • Selain Jakarta, tunjuk perasaan sama diadakan di beberapa bandar lain termasuk di Sambas dan Pontianak, Kalimantan Barat.
  • Semalam, dianggarkan 650 anggota Kumpulan Forum Betawi Rempug terbabit dalam tunjuk perasaan yang bertukar menjadi liar akibat dilempar dengan kayu dan buluh serta telur ke dalam kawasan kedutaan.
Sumber: TV3
9 comments:

Perkara ini sudah dijelaskan kepada rakyat Indonesia bahawa tiada tanah yang diambil.


Harap perkara seperti ini tidak akan menjejaskan hubungan antara negara kita dengan negara jiran.


bukankah sudah dijelaskan, M'sia tidak mengambil mana2 bahagian tanah di Kalimantan.


kerajaan Indonesia sudahpun menafikan bahawa Malaysia merampas tanah milik Indonesia. kalaupun perkara itu berlaku, sepatutnya penunjuk perasaan ini berdemo dihadapan pejabat Perdana Menteri Indonesia, bukannya di kedutaan Malaysia.


kerajaan Indonesia wajar memohon maaf kepada Malaysia bagi membersihkan imej Malaysia.


kerajaan Indonesia harus berusaha memberikan maklumat yang tepat kepada rakyatnya. apa yang berlaku ini juga memberikan imej yang kurang baik kepada negara tersebut.


rakyat Indonesia yang buat serbuan ni agaknya bukan ada pun melihat kawasan yang didakwa diambil oleh Malaysia di Kalimantan. rasanya kerajaan Indonesia yang tidak beri penjelasan kepada rakyatnya sampai wujud salah faham.


jika kerajaan Indonesia sudah berikan penjelasan yang sejelas2nya kepada rakyatnya tentang tiada rampasan tanah oleh Malaysia, pasti mereka tidak akan datang menunjuk perasaan 28 oktober nanti.


Sedang kita sendiri tidak tahu kebenaran dalam dakwaan ini. Mungkin ada pihak yang sengaja menjadikan ini sebagai isu politik semata-mata.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails