
Minggu ini saya berkesempatan berbual dan bertukar-tukar pandangan secara ‘non-partisan’ lagi rasional dengan beberapa orang rakan akitivst politik (pro kerajaan, pro pembangkang dan NGO) tempatan dari daerah saya, Tuaran.Antara isu yang hangat dibincang ada lah ketepatan Bajet 2012 untuk sampai kesasaran. Terutama nya bajet yang jelas dan khas untuk menangani masaalah rakyat di kawasan di luar bandar.
Masaalah yang dimaksudkan termasuk pembangunan insan (kemiskinan dan pengangguran), kemudahan asas saperti kenaikan taraf jalan-jalan kampong, bekalan air berseh, bekalan letrik , perladangan, pertanian dan hal-hal kecil saperti dewan belia, jambatan gantung dan sebagainya.- Kebanyakan bersetuju bajet tersebut pada lahiriah nya tidak seindah sapertimana yang diwar-warkan oleh pemimpin kanan Barisan Nasional di Sabah baru-baru ini.
- Di kawasan luar bandar Tuaran (Tamparuli dan Kiulu khas nya) contoh nya, maseh banyak jalan-jalan kampong yang di bina sejak kerajaan BERJAYA dalam keadaan yang daif. Kecuali kadang-kala nya diselengarakan oleh syarikat konsesi kerajaan ‘KEKAL MEWAH’.
Kerja mereka sekadar memutung rumput dan memperbaiki jembatan dengan menganti kayu-papan yang usang atau yang sudah rosak teruk. Manakala pembubuhan batu kelikir boleh dikatakan hanya bersandarkan kepada nasib. Kerana kerja ini di lakukan dalam kadar setahun sekali. - Bekalan air dan letrik; maseh banyak kawasan yang perlu di naik tarafkan. Terutama sekali bekalan letrik yang kerap terganggu dalam kadar sekali-dua seminggu. Mala ada lagi kawasan kampung yang belum ada bekalan letrik sepenuh nya. Manakala kawasan-kawasan yang terpencil, terdapat maseh lagi menggunakan bekalan air graviti dari punca mata air yang berdekatan dengan kawasan tersebut.
- Beberapa kampong yang sepatut nya telah lama mempunyai jembatan dalam bentuk kekal, namun maseh lagi menggunakan jembatan gantung perlu pembaikan.
- Tebing-tebing sungai yang berhampiran dengan kawasan rumah-rumah kampong. Banyak yang telah runtuh akibat bencana alam saperti banjir yang melandah daerah baru-baru ini perlu diselengarakan dalam kadar yang segera sebelum ia nya membahayakan persekitaran yang terlibat.
- Petani-petani yang bertungkus lumus mengusahakan penanaman padi merasakan mereka kekurangan mesin penanam padi serta subsidi yang cukup untuk meneruskan kerja-kerja penanaman semula.
- Walau pun RISDA dan Lembaga Industri Getah Sabah telah berusaha membantu peladang getah dalam program penanaman semula, namun maseh ada lagi peladang yang tercicir kerana keupayahan bureaucracy agensi tersebut terhad dan dalam serba kekurangan.
- Dalam pada itu, peladang getah juga merasa tertekan kerana jalan-jalan yang menuju ke peladangan mereka dalam keadaan yang teruk sehinggakan kereta yang meraka gunapakai untuk menghantar kepingan getah kepekan yang berdekatan, kadang-kadang terkubur pada musim hujan dan ketika musim kemarau ia nya diselimuti oleh debu dan abuk dari jalan-jalan raya yang maseh lagi dalam keadaan yang belum berturap.
- Di kawasan teluk Sulaman keadaan nya agak berbeza kerana penduduk di sana kebanyakan nya berkhidmat dengan kerajaan dan sebagai nelayan. Justeru mereka ini perlu bantuan konsep menangkap ikan yang lebih sistematik dan serba moden atau pun satu program pelancongan yang berteraskan pengangkutan laut dengan lebih berkesan.
Pandangan Solymone
Saperti biasa, saya bagi pandangan yang lebih terbuka dengan berpandukan sentuhan logik dan analisis yang rasional...Punca utama dan sebab-sebab mengapa isu tercicir dalam bajet 2012 ini boleh berlaku. Sama ada ia nya disengajakan atau pun terlepas pandang dalam perancangan pucuk pimpinan.Pada pandangan saya, punca asas mengapa keciciran ini berlaku ada lah disebabkan pemimpin tempatan saperti wakil-wakil rakyat itu sendiri gagal membekalkan detail dan fakta-fakta yang tepat mengenai keperluan kawasan masing-masing kepada PM sebelum bajet tersebut dibukukan.
- Dalam penyedian dan penyiapan maklumat mengenai kawasan masing-masing, pemimpin tempatan perlu atur strategi yang melibatkan bantuan pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin-pemimpin kampong saperti Pengurusi JKKK dan lain-lain agensi yang berkaitan.
- Pemimpin-pemimpin tersebut sepatut nya bertindak proakif dengan menyediakan satu mini bajet yang merangkumi keperluan kawasan masing-masing.
- Mini bajet yang mengandungi maklumat penting itu perlu dihantar terus ke Jabatan Perdana Menteri atau pun PM sendiri untuk pengetahuan beliau semasa wakil-wakil rakyat tersebut menghadiri salah satu sessi Parlimen atau pun dimasa-masa tertentu yang dikira sesuai bertemu sendiri dengan PM.
- Rasa nya, sekadar untuk bertemu dengan PM dalam kadar setahun sekali itu bukan nya perkara yang ganjil. Apa lagi bila memikirkan bahawa hampir-hampir semua MP di Sabah ini ada lah terdiri dari ahli komponen Barisan Nasional.
Seadanya, aktivist-aktivist yang hadir bersetuju dengan cadangan tersebut sebagai satu strategi ultimatum yang rasional dan mungkin berkesan dalam penyampaian maklumat kawasan-kawasan yang difikirkan terpinggir dalam Bajet tahunan kerajaan.Sebagai ofsen, ia nya perlu disampaikan kepengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak.



October 20, 2011 9:38 AM
Tidak dinafikan bahawa rakyat luar bandar lebih memerlukan peruntukan yang besar untuk melihat pembagunan. Kita berharap kerajaan tidak akan lepas pandang, samada sengaja ataupun tidak sengaja. Pastikan tiada rakyat yang terpinggir daripada pembagunan.
October 20, 2011 9:39 AM
Diharapkan peruntukan Bajet ini akan memastikan semua rakyat tidak kira di pedalaman ataupun bandar akan mendapat manfaat. Kerajaan perlulah memikirkan nasib mereka dalam perancangan bajet.
October 20, 2011 10:59 AM
Tidak akan berlaku hal sedemikian. Semua akan merasai peruntukan itu.
October 20, 2011 11:00 AM
This is because the people is the main actor in voting time...
October 20, 2011 11:10 AM
mungkin lagi baik jika PM sendiri datang ke Sabah dan mendengar sendiri apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah.. kalau sekadar bergantung dengan wakil2 rakyat, dikhuatiri banyak masalah2 rakyat yang sengaja disembunyikan bagi mengelakkan prestasi mereka terjejas.
October 20, 2011 1:23 PM
semua aspek perlulah diberikan perhatian, terutamanya bajet kepada rakyat luar bandar. selain itu, perlaksanaan bajet juga perlu dilakukan atau diuruskan dengan baik agar manfaat dirasai oleh semua.
October 20, 2011 3:03 PM
bajet untuk pembangunan luar bandar perlu ada. kawasan luar bandar masih lagi mundur dan jauh ke belakang.
October 21, 2011 10:57 AM
Sebaiknya kemudahan utama asas perlu diberikan tumpuan terlebih dahulu untuk penduduk pendalaman yang tidak menikmatinya. Seperti Kemudahan jalan raya, elektrik dan juga bekalan air bersih. Perkara ini perlu diberika tumpuan oleh kerajaan.
Post a Comment