SUARA BEBAS TUARAN

Najib Gesa Usah Politikkan Urusan Keluarga


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, menggesa para pemimpin tidak kira parti politik agar tidak mengheret urusan keluarga demi kepentingan politik masing-masing, sebaliknya menumpukan perhatian kepada soal dasar.
Ia kenyataan pertama Datuk Seri Najib sejak blog pro-Umno membuat dakwaan kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, mencabuli kehormatan rakan pelajar wanita dan menggunakan kedudukan bapanya bagi melepaskan diri daripada hukuman.
  • Pelajar perempuan yang belajar di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan isu itu menafikan dakwaan tersebut. Begitu juga pengetua sekolah anak Encik Lim belajar sebelum ini.
  • Sejak pagi kelmarin, beberapa pihak menggesa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan itu.
  • Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin meminta Encik Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.
Sebagai ulasan, Datuk Seri Najib berkata:
  1. 'Keadaan yang ideal ialah demokrasi moden menghendaki anda memberi tumpuan kepada perkara-perkara berkaitan dasar.
  2. 'Apabila anda membahaskan kelemahan dasar dari sudut kelemahan pelaksanaan, biarkan keluarga ke tepi atau (anda) mengeksploitasi urusan keluarga bagi keuntungan politik sendiri.
  3. 'Anda perlu bersetuju dengan beberapa (unsur) etika. Ia terpakai kepada kedua-dua belah. Saya tidak bercakap mengenai fakta kes ini. Saya tidak tahu mengenai fakta kes ini, tetapi jika anda mahu bercakap mengenai etika, kecualikan keluarga, maka setiap orang perlu mematuhinya, termasuk pembangkang.'
Sumber: Agensi
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails