
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) hari ini menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.
“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan. Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar kanan)) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.- Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.
- “Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan,” kata beliau dengan tegas.
Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.
- Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.
- Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.
- Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.



November 4, 2011 9:49 AM
Harap PM Najib Razak akan membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam penghapusan PPSMI ini.
November 4, 2011 9:49 AM
Beliau perlulah membuat keputusan yang terbaik untuk para pelajar.
November 4, 2011 1:42 PM
setiap keputusan yang diambil pasti ada yang bersetuju dan tidak bersetuju. apa yang penting keputusan yang dibuat memberikan manfaat kepada pelajar dan meningkatkan kualiti sistem pendidikan...
November 4, 2011 2:06 PM
pendidikan tak perlulah nak dibabitkan dgn politik, kena pastikan sistem pendidikan kita kini benar2 terbaik.
November 4, 2011 2:43 PM
dimana PAGE ketika ramai pihak yang mahu PPSMI ini dimansuhkan? dan mana pula pihak yang mahu PPSMI ini dihapuskan sebelum ini ketika ramai pihak yang mahu ianya dihidupkan kembali??
November 4, 2011 4:52 PM
kalau begini, para pelajar yang akan jadi mangsa keadaan. risau nanti pelajar2 bukan semakin maju tapi bertambah lemah dan mundur.
November 4, 2011 4:56 PM
keputusan muktamad telah dibuat iaitu menghapuskan PPSMI. mungkin jika saya masih menuntut sekarang ini pastinya saya dapat mengalami sendiri kesan daripada polisi yang telah dibuat oleh kerajaan berhubung PPSMI.
November 8, 2011 10:34 AM
Mengenai pendidikan dalam bahasa inggeris ini tidak akan membawa kepada masalah PRU13. Kerana ini kerana kita bergantung kepada tahap pelajar itu sendiri. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesainya. Mungkin mengenai penggunaan bahasa inggeris ini perlu dibincangkan semula bagi mendapat kata sepakat yang terbaik untuk semua.
Post a Comment