
Ahli Dewan Undangan Negeri Moyog, Datuk Donald Peter Mojuntin Berjaya melancaran Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS) peringkat Penampang kelmarin menjadikannya sebagai daerah yang pertama melaksanakan program itu di negeri ini.Menurut Donald program ini ada lah selaras dengan pembangunan sedia ada di kawasan Penampang yang kini semakin pesat dan dalam masa sama turut mementingkan aspek kebersihan demi menjaga imej daerah yang mempunyai banyak produk pelancongan itu.
Bagaimana pun program ini perlu mendapat kerjasama daripada orang ramai bagi menjayakannya serta menjadikan Penampang sebagai daerah bebas daripada sampah, kata beliau.- Bermula kelmarin, Donald menegaskan mana-mana individu yang didapati membuang sampah di merata-rata tempat di daerah berkenaan bakal berhadapan tindakan kompaun sebanyak RM500 serta merta oleh pihak MDPG.
- Tambahnya, antara kelainan KAKS di Penampang adalah aktiviti gotong-royong menangkap kutu-kutu sampah dengan para peserta di bawah kendalian MDPG hanya perlu menjadi pemerhati.
Dalam pada itu, beliau juga menegeskan, aktiviti gotong-royong lebih berkesan berbanding dengan aktiviti memungut sampah kerana perserta akan melihat sendiri betapa malunya kutu-kutu sampah ditangkap kerana melakukan kesalahan. Dengan ini juga peserta juga nanti tidak mahu diri mereka dalam keadaan sama kelak..Donald yang juga Pembantu Menteri Kewangan negeri berkata demikian ketika berucap pada Perlancaran KAKS Peringkat Daerah Penampang di kompleks beli belah Megalong, Donggongon di sini kelmarin.



Post a Comment