
Berbeza dengan pandangan beberapa orang activist di Sabah, khas nya di Pedalaman, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Karno berkata penduduk Pedalaman Sabah dapat banyak manafaat belanjawan 2012.Sambil menolak dakwaan pembangkang kononnya Belanjawan 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat sebagai mengecewakan rakyat Sabah, beliau berkata Belanjawan itu sebaliknya memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah.
“Mungkin pembangkang tidak meneliti Belanjawan itu dengan hati terbuka, tetapi itu tidak penting kerana yang lebih mustahak ialah seluruh peringkat masyarakat di negara ini memperoleh manfaat daripadanya,” kata Sairin kepada Bernama kelmarin.- Beliau menyambut baik pemberian subsidi, insentif dan bantuan kerajaan berjumlah RM33.2 bilion, yang meliputi bahan makanan seperti beras, gula, minyak
masak, tepung gandum, bil elektrik serta produk petroleum. - Namun paradox nya timbul disini, beliau tidak menyentuh sejauhmana ke keberkesanan aplikasi bajet 2012 meliputi permasaalahan akar umbi rakyat yang serba kekurangan di pedalaman Sabah dan juga kawasan luar bandar daerah-daerah yang lain disini.
Kekurangan yang dimaksudkan ada lah kemiskinan dari segi kekurangan wang, rumah yang usang, persekolahan anak-anak yang tidak teratur, kesihatan dan infrastruktur asas yang daif yang maseh berleluasa di Pedalaman negeri Sabah.Dalam isu yang sama, pemberian bantuan ole-ole sebanyak RM500, tidak dapat menyelesaikan masaalah rakyat miskin dalam jangka masa panjang.
Peruntukan kebanyakan nya di salurkan kepada Pembangunan Koridor Sabah. Sedangkan pekerja-pekerja disana, hampir-hampir semua nya pendatang dari negara seberang.Justeru, saperti imbasan kata-kata orang puteh, “pictures tell a thousand words and you can run but you cannot hide.”



Post a Comment