SUARA BEBAS TUARAN

Penyambungan Letrik Haram Berleluasa Di Sandakan?


Pengurus Zon Timur (Sandakan) SESB, Charles K Dalansing berkata sebanyak 400 buah rumah dari sembilan kawasan setinggan di sekitar daerah Sandakan dikesan melakukan penyambungan elektrik secara haram menerusi operasi membanteras aktiviti itu oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) setakat September lepas.
Antaranya, Kampung Lupak Meluas (Jalan Batu Sapi), kawasan pencawang dan perindustrian Sedco, Sentosa Jaya dan Cahaya Baru (Batu 3), Astana Height (Batu 1.5) serta Taman Mesra.
  • Charles berkata secara purata dianggarkan hampir 50 kilogram wayar pelbagai jenis dirampas di lokasi pada setiap operasi pemotongan sambungan haram dijalankan.
  • “Statistik setakat September lepas menunjukkan penurunan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ia hasil daripada pelaksanaan jadual khas operasi membanteras penyambungan haram selain maklumat yang disalurkan oleh orang awam, pihak keselamatan dan golongan pengusaha.
  • “SESB dengan kerjasama pelbagai pihak akan terus mempergiatkan operasi ini dalam usaha mengurangkan aktiviti penyambungan haram yang bukan sahaja menyebabkan berlakunya gangguan bekalan elektrik, malah boleh mengakibatkan kemalangan, kematian, kebakaran dan kerosakan harta benda,” katanya.
  • Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Membanteras Penyambungan Elektrik Haram di Pejabat SESB Kawasan Sandakan di sini, kelmarin.
  • Tambahnya, setakat bulan ini dua rakyat tempatan yang dipercayai terlibat penyambungan haram telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.
  • Menurut Charles, melalui tinjauan pada setiap operasi, pihaknya mendapati mereka yang terlibat mempunyai kemahiran selain menggunakan pelbagai taktik untuk membuat penyambungan haram.
  • “Individu tidak bertanggungjawab tahu talian SESB ada bekalan dan mereka boleh mematikan aliran elektrik. Selain itu, seperti kejadian sebelum ini mereka juga berupaya mencuri kabel bawah tanah sebesar 33kV, inikan pula kabel yang lebih kecil,” katanya.
Katanya, mana-mana individu yang menggunakan elektrik secara haram atau mengganggu meter SESB akan didakwa mengikut Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: BERNAMA
6 comments:

penyambungan elektrik haram bukan sahaja berlaku di sandakan tapi juga kawasan lain, kegiatan ni harus dibanteras, mereka punca SESB rugi. lepas tu rakyat juga kena tanggung beban.


mereka ni senang2 saja guna elektrik tapi tidak membayar.


kegiatan penyambungan elektrik secara haram harus dibanteras dengan sepenuhnya..


Kenapa Sandakan begitu berleluasa dengan penyambungan haram ini. Sebab utama adalah Sandakan dihadiri oleh jumlah PATI dan pelarian yang sangat ramai. Maka rumah setinggan pun sangat berleluasa, inilah yang boleh mengundang penyambungan haram ini.


SESB wajar menjalankan pemantauan secara kerap untuk memastikan bahawa tiada penyambungan letrik haram dijalankan.


kalau tidak mahu masalah ini berulang, selesaikan lah secara menyeluruh.. kasi roboh terus rumah setinggan jika PATI yang tinggal di rumah itu. kalau ada penduduk tempatan, buka saja penempatan baru..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails