
Mengulas Pengumuman bajet alternatif 2012, Pakatan Rakyat mengesyorkan peningkatan peruntukan subsidi sehingga RM22 bilion dan menyediakan RM5.9 bilion lagi bagi kenaikan gaji 1.3 juta kakitangan awam atas alasan mahu membantu mengurangkan kos sara hidup.
Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini. Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat adalah seperti berikut;- Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.
- Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.
- Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.
- Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.
- Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.
- Pembelaan rakyat terbanyak
Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan;- Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.
- Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.
- Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.
- Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
- Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.
- Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.
Untuk mengembalikan martabat rakyat, Pakatan Rakyat Syorkan;- Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.
- Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.
- Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.
- Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.
- Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.
- Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.
- Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.
- Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.
Sumber: The Malaysian Insider, Agensi
October 7, 2011 2:01 PM
PR ni tau ke tidak keadaan wang negara, sampai meminta mcm tu. atau PR makin rambang ja ni.
October 7, 2011 4:31 PM
Ini semua janji2 awal Pakatan. esok2 bila betul2 memerintah negara, entah akan ditunaikan atau tidak.
October 7, 2011 5:12 PM
Sdra supra dan Alexis
Orang kata, ‘Politic is an art with many possibilities.’ So dalam kontek itu, tidak salah PR memberi syor yang baik untuk rakyat; khas nya rakyat miskin dan kaki-kaki tangan kerajaan yang kini kehausan untuk dinaikkan gaji selaras dengan kenaikan harga barang yang kian hari kian membebankan.
Kalau kerajaan BN yang memerentah sanggup membelanjakan peruntukan berbilion-bilion ringgit untuk membeli alat tentera , membina infrastruktur yang changgih dan bangunan yang bertingkat-tingkat sekadar untuk menyenangkan kumpulan tertentu, apa lah salah nya kalau sebahagian dari Peruntukan ini disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan nya demi untuk meneruskan hidup serba sederhana di bumi Malaysia yang kaya denga hasil masyul kini.
Otherwise, kalau agenda kerajaan itu berterusan dengan perancangan ekonomi yang sedia ada, tidak heran suatu hari nanti, tunjuk perasaan besar-besar sebagai protes saperti di Timur tengah berlaku disini.
Sebagai contoh; baru-baru ini sekumpulan Polis dan SPRM sudah mula merompak kerana tekanan ekonomi yang tidak seimbang di Negara ini.
Untuk itu, fikir-fikirkan lah
October 8, 2011 9:09 AM
bajet sudah pun diumumkan..apa pun, harap bajet yang diumumkan akan diuruskan dengan baik dan manfaatnya akan dapat dirasai rakyat.
October 8, 2011 10:00 AM
Seperti menarik bajet PR ini. Tapi jangan mudah tertipu dengan semua ini. Ini cuma strategi PR semata-mata untuk menghantui fikiran rakyat.
October 8, 2011 10:08 AM
Cadangan yang baik daripada PR, harap kerajaan BN akan mencontohi perancangan mereka untuk kebaikan rakyat.
October 8, 2011 11:57 AM
cadangan itu memang baik, tapi yang diragui ialah kemampuan pelaksanaan oleh kerajaan PR.. apa yang saya tahu, sebahagian lesen IPP diluluskan oleh Anwar sebagai menteri kewangan pada waktu itu. malah masih banyak lagi janji2 PR ketika PRU12 yang belum ditunaikan sehingga hari ini.. mungkin inilah yang diragui oleh sebilangan pihak di negara ini..
Post a Comment