
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, kegagalan projek ternakan lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) disebabkan rata-rata pengusaha tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang pertanian.Beliau dilapur sebagai mengulas kenyataan Jabatan Audit Negara baru-baru ini sebab kegagalan pengusaha tempatan melaksanakan projek tersebut dengan baik.
Justeru itu, beliau meminta graduan yang memiliki diploma dan ijazah dalam bidang pertanian menceburkan diri dalam industri pertanian bagi membolehkan projek tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.- "Kita lihat ramai graduan tidak mahu bekerja di sektor pertanian kerana beranggapan pertanian ini miskin, kerja teruk dan kotor tetapi mereka tidak tahu sebenarnya bidang tersebut mempunyai hasil pulangan yang banyak.
- "Mereka perlu ubah gaya pemikiran mereka agar dapat menceburi bidang pertanian bagi membolehkan ilmu yang dipelajari semasa di universiti dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang tersebut," katanya pada sidang media selepas "Program Konvoi Bersamamu Datuk Jo" di Kampung Palas, Tobiar, dekat sini.
Mohd Johari berkata, beliau melihat projek ikan talapia diusahakan oleh sebuah syarikat di China yang dibangunkan selama 10 tahun berjaya mengeksport produk mereka ke luar negara sehingga mencecah RM1 bilion setahun.Katanya, kejayaan mereka disebabkan mereka memiliki pekerja daripada graduan dalam bidang akuakultur, dan mereka juga turut mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) sendiri.
"Mereka juga boleh tentukan harga pasaran produk mereka kepada negara luar yang berminat untuk membelinya," katanya.- Beliau menyarankan Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya bekerjasama dengan agensi pertanian di negara ini bagi membolehkan pelajarnya banyak melakukan latihan praktikal bersama petani.



Post a Comment