Kini, PKR juga akan membariskan, calon-calon muda untuk pilihan raya umum akan datang dengan kriteria yang ditetapkan bahawa penggubal undang-undang (wakil-wakil rakyat) mesti mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh dari golongan profesional atau separuh profesional.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution memberitahu The Malaysian Insider, PKR akan memperkenalkan formula untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 di mana calon-calon dipilih ada lah lebih muda serta berkelayakan yang akhirnya akan menggantikan sebahagian daripada wakil-wakil parlimen dan negeri yang sedia ada.
- The Malaysian Insider difahamkan bahawa kepimpinan PKR kebangsaan telah mula mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil rakyat yang sedia ada berhubung dengan pemberian ruang "darah baru" untuk mengambil alih tempat muka-muka lama dibeberapa kawasan.
Dikatakan, PKR telah mendapat persetujuan dari beberapa orang wakil rakyat untuk membenarkan proses ini dilakukan. - Saifudin dilapurkan sebagai berkata, PKR akan kekalkan survival politik masa depan PKR dalam arena politik Malaysia. Walaupun sudah 12 tahun lama Pakatan Rakyat (PR) gabungan parti dilihat sebagai adil dan tidak banyak kontroversi. Kecuali tragedi pembelotan lima orang MP tahun lepas .
- Kata beliau, sejak tahun ini, PKR telah merekrut calon-calon muda dari beberapa kawasan-kawasan pilihan raya. Dan calon-calon tersebut telah pun menghantar biodata dengan penyata, kerja dan pengalaman yang mereka pernah lakukan di kawasan masing-masing.
Berbeza dengan tahun 2008, PKR telah berhempas pulas untuk mencari calon-calon bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 , kali ini PKR telah mengenalpasti calon-calon yang berpotensi, berpendidikan lagi berwibawa, kata Saifudin selanjutnya.Dalam pilihan raya umum lepas, PKR memenangi 31 daripada 97 kerusi persekutuan ia bertanding, menafikan Barisan Nasional (BN) adat dua pertiga majoriti parlimen dengan parti-parti PR PAS dan DAP masing-masing mempunyai memenangi 23 dan 28 kerusi persekutuan.



Post a Comment