SUARA BEBAS TUARAN

RM1.641 BILION Tidak Sampai Ke Kawasan Pedalaman?


Ingatkan pengisytiharan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman bahawa negeri Sabah dalam kadar sifar miskin tegar ada lah satu realiti tulin yang perlu dibanggakan, namun apa yang dilapurkan oleh Dr Benjamin Yapp, ahli Diplomat Majlis Pembangunan Sosial, Ekonomi Dunia dan Hal Ehwal Politik, ada lah di sebaliknya.
Beliau tidak dapat dinafikan, Kerajaan telah banyak mengambil iktibar dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan, tetapi masalah masih wujud kawasan diluar bandar Sabah.
  • Justeru, untuk mengisytiharkan kemiskinan tegar dalam kadar yang sifar untuk rakyat Sabah ada lah tidak benar dan mengelirukan rakyat Sabah. Kerana maseh terdapat beribu-ribu keluarga miskin tegar yang diabaikan dan dalam diam menderita kerana kekurangan pemakanan .
  • Mungkin banyak dikalangan warga Bandar yang tidak mengikuti perkembangan apa yang berlaku di kawasan pedalaman negeri Sabah, saperti Bingkor, Apin-Apin, Tenom, Melalap, Kemabong, Sook, Nabawan , Pensiangan dan kawasan yang lain di Sabah.
Menurut kajian Dr Yapp, dikawasan tersebut maseh terdapat banyak rumah-rumah yang usang, pecah dan dalam keadaan yang daif. Kanak-kanak kekurangan nutrisi kerana hampir saban hari hanya makan bubur, sos dan disulami dengan ikan masin murah yang dibeli dari ‘Tamu mingguan'.
  • Dalam pada itu terdapat juga kanak-kanak di kawasan pedalaman ini yang tidak mempunyai pakaian dan kasut yang sesuai. Warga tua pula sakit dengan keadaan yang menyedihkan. Sama ada kerana kekurangan hasiat makanan atau pun ubat-ubatan yang perlu.
  • Dikatakan, mereka tidak cukup wang untuk menampung kos pengangkutan ke klinik luar bandar.
  • Dalam situasi yang sama, kanak-kanak terpaksa meninggalkan rumah mereka untuk tujuan mencari pekerjaan yang tidak menentu di kilang-kilang, semata-mata untuk membantu keluarga mereka yang miskin di kampong . Kebanyakan kanak-kanak ini tidak mampu melanjutkan persekolahan keperengkat yang lebih tinggi disebabkan masalah kemiskinan yang berlanjutan.
  • Menurut kajian tersebut, sesetengah ibu bapa yang miskin itu menangis bila ditemuramah kerana mereka mengaku bahawa mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan untuk anak-anak mereka. Rata-rata anak-anak mereka mengalami malnutrasi disebabkan gejala kemiskinan.
  • Dalam diam, kes ekstrem ini adalah sebahagian daripada bukti-bukti bahawa keluarga miskin tegar di kawasan luar bandar maseh wujud.
  • Selanjut nya, terdapat ramai aktivist politik luar bandar yang mempersoalkan kemana pergi nya peruntukan Kerajaan yang diwar-warkan sebanyak RM1.641 Bilion itu. Kerana keadaan kemudahan asas awam saperti jalan raya, bekalan air minuman berseh, jambatan, maseh dalam keadaan yang teruk.
Mereka mempersoalkan kredibiliti kenyataan berani Ketua Menteri Sabah bahawa kini, kemiskinan tegar di Sabah ada lah sifar. Sedangkan maseh beribu-ribu ketua isi rumah berpendapatan antara RM200-RM500; hasil dari jualan sayur-sayuran, dan buah-buahan di pasar mingguan yang terdapat disana.
Dalam isu ini, kita tidak tahu dimana letak nya pembohongan, sama ada pada pehak Musa selaku Ketua Menteri atau pun Dr Benjamin Yapp sekadar NGO...Yang jelas penduduk luar bandar Sabah maseh lagi kehausan bantuan belas kasihan dari kerajaan yang memerentah
Sumber: Agensi
6 comments:

masih byk lagi kemiskinan di Sabah, peruntukan telah diberikan ia harus digunakan dgn sebaiknya untuk membangunkan kawasan luar bandar. penduduk luar bandar juga inginkan pembangunan seperti penduduk bandar.


peruntukan telah disalurkan tapi rasanya peruntukan tersebut bukan kesemuanya sampai di tangan golongan sasaran.


usaha untuk membasmi kemiskinan dan membangunkan rakyat perlu sentiasa dilakukan dari masa ke masa.


Kemana hilangnya peruntukkan tersebut. Sehinggakan jumlah yang banyak tidak sampai seperti apa yang dirancang sebaiknya.


Saya berharap peruntukan ini akan disampaikan kepada seluruh Sabah dan tiada satu kawasan yang akan dipinggirkan. Tapi Sabah ini sangat luas dan rakyat juga pesat. Lebih banyak peruntukan diperlukan lagi untuk memastikan semua rakyat mendapat faedah.


di negara2 maju juga mempunyai penduduk miskin. jadi masalah ini bukanlah disebabkan oleh kerajaan 100% kerana kita sendiri perlu mempunyai inisiatif untuk memajukan diri.

cuma masalahnya ialah apabila kerajaan tidak dapat menyelesaikan masalah2 yang bersangkut-paut dengan kemudahan prasarana atau kemudahan asas. lebih buruk lagi apabila jentera2 kerajaan menyalahgunakan kuasa dan sering bertindak menindas rakyat seperti kes rampasan tanah dan PATI.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails