SUARA BEBAS TUARAN

Sabah Di Beri Autonomi Urus Projek Pendidikan?


Menjelang PRU13 yang dijangka tidak lama lagi, akhirnya Kementerian Pelajaran bersetuju menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Sarawak untuk menguruskan pemberian kontrak projek pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri itu.
Ketika mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terdapat kewajaran untuk menurunkan kuasa itu memandangkan Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang besar terutama daripada segi jumlah atau saiz sekolah.
  • "Sebenarnya dulu memang begitu..projek pendidikan di Sabah dan Sarawak di bawah jabatan kita yang ada di peringkat negeri tetapi beberapa tahun kebelakangan ini ia diurus pula oleh kementerian.
  • "Saya dapati memang ada kewajaran untuk kita turunkan balik kuasa kepada Sabah dan sarawak. Satu cara ialah memberi kuasa kepada pengarah negeri untuk melihat bagaimana projek tertentu yang kita laksanakan di peringkat negeri boleh sama diuruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-26 di KDCA, kelmarin.
  • Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika diminta mengulas saranan presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dalam ucapannya agar kerajaan Persekutuan memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor Sabah untuk memperoleh kontrak bagi program yang mendapat peruntukan kerajaan Persekutuan.
  • Sehubungan itu, beliau meminta bahagian pembangunan kementerian supaya meneliti ‘keupayaan yang ada’ terutama bagi kedua-dua negeri itu untuk menguruskan kontrak pembangunan pendidikan.
  • "Walaupun kita sudah setuju pada dasar, kita mahu tahu ‘dia ada kapasiti’ kah atau tidak untuk uruskan. Kita tidak mahu lepas tu terganggu kerana tak ada tenaga manusia atau sumber yang ada untuk menguruskannya.
  • "Tetapi secara prinsipnya saya sudah setuju dan mungkin pada peringkat awal projek kecil yang kita biasa buat yang ditawarkan di peringkat pusat kita boleh turunkan dulu...mungkin di bawah RM5 juta yang tak melibatkan kontrak yang besar...kontrak yang besar kita nak tengok kapasiti dulu," katanya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beberapa faktor yang perlu diambil kira termasuk kontraktor yang ditawarkan projek pendidikan mesti berwibawa.
"Juruperuding juga mesti ada. Setiap kerja ada juruperunding yang beri nasihat termasuk nilai kontrak dan bidang-bidang yang perlu diteliti sebelum kita laksanakan sesuatu projek (pembangunan pendidikan).
Sumber: Agensi
12 comments:

Dalam perjanjian 20 perkara, Sabah sememangnya berhak mengurus sistem pendidikan kita sendiri jika dianggap sesuai.


Harap kerajaan pusat akan memberikan peluang kepada Sabah untuk mengurus sistem pendidikan kita sendiri.


keputusan Kementerian Pelajaran bersetuju menurunkan kuasa kepada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah dan Sarawak untuk menguruskan projek pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri ini disambut baik oleh semua pihak.


diharapkan semua projek pendidikan yang akan dilaksanakan berjalan lancar dan dapat membantu meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Sabah dan Sarawak.


pemberian kuasa autonomi dalam pendidikan ini amat baik. ini memudahkan Sabah dan Sarawak menguruskan projek2 pendidikan. dgn ini, harap pendidikan di Sabah dan Sarawak akan bertambah baik.


satu perkembangan yang baik.. jika pemberian autonomi ini mampu menyelesaikan masalah2 pembangunan pendidikan di negeri ini, saya harap kerajaan persekutuan terbuka hati memberikan lebih banyak autonomi kepada kerajaan negeri Sabah selepas ini..


tidak lupa saya ucapkan tahniah kepada pemimpin2 yang lantang menyuarakan isu ini sebelum ini..


finally..tuntutan Sabah untuk mendapat autonomi dalam pendidikan telah direalisasikan.


sebelum ini banyak aduan2 tentang masalah yang dihadapi oleh sekolah2 terutama sekolah di pedalaman. harap2 lepas ni masalah tersebut dapat diselesaikan dan pelajar2 dapat belajar dengan selesa.


harap sistem pendidikan di Sabah akan lebih baik dari sebelum ini. Utamakan guru2 Sabahan.


Harap dengan kuasa autonomi yang diberi projek2 dapat disiapkan mengikut jadual. pemantau akan lebih berkesan.


Harap ini bukan sekadar kata-kata. Harap kuasa yang diberikan ini akan digunakan sebaiknya dan jangan sia-siakan peluang yang ada ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails