SUARA BEBAS TUARAN

Satu Perempat Daripada Penduduk Sabah Terdiri Dari Warga Asing?

Labels:

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Nur melapurkan bahawa Sabah mempunyai bilangan terbesar warga asing di Malaysia.
Kata beliau, Kira-Kira satu perempat daripada 3.2 juta populasi penduduk negeri ini adalah pendatang. Berdasarkan banci penduduk 2010, Noorul berkata 889.779 atau 27,7% warga asing dicatatkan di negeri ini berbanding dengan banci 2000 614824 atau 27,7% warga asing.
  • Beliau berkata demikian selepas merasmikan satu seminar mengenai pekerja Indonesia di Tawau baru-baru ini.
  • Beliau menyatakan bahawa pekerja asing mengatasi kaunter penduduk tempatan di Kinabatangan ia itu daripada 150.327 orang penduduk, 117.689 ada lah warga asing.
Dr Noorul Ainur memberi amaran bahawa penduduk pekerja asing yang besar akan membawa kepada penduduk tempatan kehilangan peluang-peluang pekerjaan.
Katanya, mereka adalah sumber buruh murah, justeru digemari oleh majikan. Selanjutnya beliau menegaskan, pergantungan kepada buruh murah yang tinggi mungkin menjejaskan matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Walau macammana pun, Dr Noorul tidak menyatakan bahawa mereka ini bertaraf PATI atau pun mempunyai Mykad yang melayakkan mereka menggundi pada PRU13 akan datang ini nanti.

Komen Solymone

Dalam isu yang sama, kita juga tertanya-tanya sebanyak mana kah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman serapkan warga tempatan sebagai pekerja dalam 3 program Pembangunan Koridor Sabah (SDC) (bertempat di Kota Kinabalu, Keningau dan Lahad Datu) yang beliau sensasikan sebagai punca pembasmian kemiskinan dan pengangguran di Sabah ini.
Dalam masa yang sama, menurut beliau, SDC ini dijangka menambah pendapatan besar kepada kerajaan negeri Sabah.

  • Pada 18 August 2009, DSMA pernah menyatakan bahawa SDC setakat itu telah berjaya membawa masuk 34 pelabur. Pelabur itu, terdiri daripada syarikat tempatan dan asing dan dari Semenanjung Malaysia, membabitkan pelaburan digabungkan berjumlah beberapa bilion ringgit dan meliputi pelbagai sector.
  • Beliau menambah bahawa SDC, yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 18 tahun mulai 2008 hingga 2025, dijangka membawa masuk pelaburan berjumlah RM105 bilion dan mewujudkan 900,000 pekerjaan sepanjang tempoh itu.
Siapa kah dikalangan pekerja yang akan memenuhi kuota 900, 000 pekerjaan tersebut? Sama ada kebanyakan nya dari warga tempatan atau pun asing? Dalam hal ini kemungkinan Datuk Dr Noorul Ainur Nur akan kongsikan lapuran itu dengan kita di suatu hari nanti.
Apa yang jelas, SDC telah mendapat suntikan peruntukan yang banyak dalam Bajet 2012 kerajaan perseketuan yang diumumkan PM baru-baru ini.
Sumber: Agensi
9 comments:

1/4 daripada penduduk Sabah adalah warga asing, ini sememangnya bukan satu bilangan yang kecil. Nampaknya kedatangan warga asing ini akan semakin banyak jika tidak ditangani dengan baik.


Saya amat bersetuju dengan Saudara Solymone. Sebanyak mana rakyat tempatan yang diserap ke dalam projek SDC dan lain-lain?


Sasaran projek biarlah kepada orang2 tempatan bukan orang2 warga asing. Setiap pelaksanaan projek diharap dapat dirasai oleh orang2 Sabah. Penambahan penduduk disebabkan pendatang asing perlu ditangani dan diselesaikan. Jika berterusan akan memberi impak negatif pada sosial & ekonomi orang2 Sabah. Silap haribulan kita orang2 Sabah yang akan jadi pelarian/pendatang di tempat sendiri.


This problem hunting Sabahans yesterday, now and the future!


I don't know when will this issue going to be end???


apa perkembangan terbaru bagi program 5P? kalau tidak silap dibawah program ini, operasi besar2an akan dilaksanakan bagi menjejaki semua PATI dan juga majikan yang melakukan kesalahan melindungi PATI. jika program ini berjaya, apa yang kita risaukan selama ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan..


jumlah warga asing memang ramai di Sabah..pekara ini harus ditangani..harap operasi penguatkuasaan yang bakal dilakukan dapat mengurangkan jumlah warga asing yang terlalu ramai ini.


begitu ramai warga asing di Sabah. ini amat membimbangkan, lama kelamaan kepentingan penduduk tempatan pasti terancam.


Bayangkan berapa ramainya warga asing + PATI yang berada diSabah?? Kemasukan mereka yang tidak terkawal boleh menyebabkan kebanjiran dan lebihan warga asing. Pihak kerajaan perlulah memastikan perkara ini tidak berlaku.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails