
Agak mengherankan kenapa hanya Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) mewakili komponen parti Pakatan Rakyat berani lagi lantang menyuarakan tidak persetujuan dengan penjualan 3 buah pulau di Sabah kepada orang asing baru-baru ini.Sedangkan banyak lagi parti-parti di Sabah ini yang saban hari menabik dada dengan menyatakan parti mereka lah yang terbaik untuk rakyat Sabah. Terutama sekali parti UMNO-BN selaku ‘spear head’ parti-parti di Sabah ini.
Ada kah parti-parti tersebut dihalang oleh pucuk pimpinan parti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai penjualan pulau-pulau ini? Atau pun mereka beranggapan isu ini hanya lah kes remeh? Semua ini agak susah diteka-teki kan pemerhati politik di Sabah.- Kalau difikirkan, di Sabah ini parti PAS hanya lah sekadar ada pada nama. Tidak mempunyai platform yang kuat saperti parti-parti yang lain disini. Apa lagi bila mengingatkan, mereka ini tiada perwakilan di dewan-dewan undangan negeri atau pun parlimen dari Sabah.
- Selanjut nya sebagai protest, DPPNS yang di iringi oleh sekretariat pemuda Pakatan Rakyat Sabah selaku wakil Pakatan Rayat telah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan akhbar tempatan baru-baru ini.
Memorandum diserahkan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu kepada wakil Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri, Noorlaimah Hj. Marjan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.- Penyerahan dilakukan di Pejabat Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wisma Innoprise selepas solat Jumaat minggu lalu.
Dalam memorandum yang diserahkan, DPPNS mengalu-alukan kenyataan balas yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan pulau tersebut."DPPNS berpendapat kenyataan tersebut masih kabur tentang perihal hak dan khazanah negeri Sabah agar terus terpelihara.
"Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlaku pertukaran tanah atau ‘land swap’ antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan pemaju yang hanya dikenali sebagai Wisma Pertanian terhadap Pulau Mengalum sedangkan ianya terletak di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang sedia maklum sangat bernilai dan menjadi tarikan pelancong,” kata Lahirul.
Tambah Lahirul, transaksi ini sebenarnya telah menyebabkan kerajaan kerugian jutaan ringgit di samping kehilangan khazanah bernilai buat Malaysia amnya dan negeri Sabah khususnya.- Beliau juga turut mengesa kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan Barisan Nasional agar menyatakan dengan jelas mengenai siapakah Syarikat Pemaju Wisma Pertanian dan individu yang bertanggungjawab di sebalik syarikat tersebut.
- "Perjelaskan juga, bagaimanakah Pulau Montukod dan Pandanan yang berstatus Native Title (NT) boleh dijual di Pasaran Antarabangsa sedangkan kebenaran (pulau-pulau berkenaan) hanya untuk aktiviti pertanian,” tegas beliau.
DPPNS juga mempersoalkan mengenai status penganugerahan pulau tersebut yang telah dilakukan pada sebelum ini daripada kerajaan Barisan Nasional.Perwakilan itu juga turut bertanya; apa tindakan yang perlu dilakukan untuk memastikan kepentingan hak bersama terjaga?
Sedangkan Jabatan Tanah dan Ukur mampu menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah, Bab 8 bagi merampas hak Tanah Adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman.Justeru, ia juga sepatutnya mampu untuk menguatkuasakan undang-undang yang berada di ruang lingkup yang sama bagi menjaga kepetingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.
"Adalah memalukan jika pulau yang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai kepentingan maritim dan kedaulatan negara dibiarkan sahaja terlepas kepada pihak asing tanpa ada tindakan prerogatif dan bersungguh-sungguh pihak kerajaan mempertahankannya."DPPNS mengulangi pendirian agar pihak kerajaan menghalang penjualan pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugian terutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah," katanya.



October 2, 2011 7:32 PM
Salam Tuan
Maafkan sekiranya komen saya ini menyinggung perasaan orang Sabah.
Sebenarnya pada penilaian saya Orang Sabah sendiri berkehendakkan begitu (Harta terjual)kerana berapa lama sudah Orang Sabah mengundi mereka ini (yang bentuk kerajaan di Sabah. Mereka tidak pernah diajar selepas PBS memerintah Sabah. Jadi malaun-malaun ini sudah menjadi besar kepala dan rasa cukup kuat untuk membuat apa saja!
Ketika saya ke Sabah tahun lepas, saya merasakan cukup pelik dengan pembangunan di Sabah. Semuanya di tahap menyedihkan baik dari segi infrastruktur dan juga sosio ekonominya kalau dibandingkan dengan hasil mashul bumi Sabah. Jalan raya dan bekalan air menyedihkan. Kehidupan rakyat agak menyayat hati.
Kemana perginya hasil yang dipungut dan gali dari bumi Sabah? Sepatutnya Rakyat Sabah bertanya itu kepada Kerajaan yang memerintah. Takkanlah semuanya Pemimpin nak balun?
October 4, 2011 11:23 PM
Sdra mountdweller,
Selaku seorang blogger yang established, saya hargai lawatan dan selanjut nya komen sdra dalam blog ini.
Rasa nya komen sdra yang tegas tapi telus lagi jujur itu, tidak lah menyinggung perasaan semua orang Sabah yang sudah mula matang dan rasional.
Untuk response bahawa orang Sabah sememang nya kepingin menjual harta khazanah mereka, ada lah tidak betul. Penjualan pulau ini berlaku tanpa pengetahuan rakyat jelata disini sehingga ia nya tersebar luas di internet.
Perbuatan yang tidak bermaruah ini tidak sepatut nya terjadi . Namun, sebilangan pemimpin atasan disini lebih mementingkan kekayaan wang daripada hak warisan negeri mereka sendiri.
Persoalan mengapa orang Sabah maseh memilih pemimpin saperti ini, agak nya susah juga untuk kita mengambil perkiraan kerana pada suatu masa dehulu pemimpin-pemimpin ini tidak menunjukkan belang mereka sebenar nya.
Berbeda dengan orang semenanjung yang lebih berpengelaman dan mempunyai banyak opsyen untuk diterokai , orang Sabah terpaksa mengambil masa untuk melalui arus politik yang kotor dan tidak tulin itu.
Walau macammana pun, perubahan pasti akan berlaku dimasa akan datang sekira nya pemimpin-pemimpin parti pemerentah berterusan menipu rakyat jelata yang selama ini mempercayai kewibawan mereka.
Untuk rekod, Sabah pernah lalui pertukaran pemerentahan. So, tidak heran kalau pertukaran ini berlaku lagi dimasa akan datang.
Saya setuju dengan kekurangan tindakan kerajaan terhadap pembaikan dan penaikan taraf infrastrukur dan kemudahan asas awam di negeri ini... Isu ini perlu juga dipertanggungjawabkan kepada kerajaan persekutuan yang telah mengutip cukai hasil pendapatan yang banyak dari Sabah tetapi gagal menyalurkan peruntutan yang seimbang untuk memajukan negeri ini.
Dalam kontek ini, ada kah jaminan dari parti pembangkang bahawa mereka akan lebih perihatin kepada orang Sabah kira nya mereka diberi kuasa untuk memerentah negeri ini nanti? Itu pasti nya satu teka teki yang mendebarkan untuk orang Sabah nanti kan.
Assalammualaikum dan terima kasih.
Post a Comment