
Kerajaan Singapura akan membina sebuah rangkaian taman yang luas, landskap jalanan dan bangunan-bangunan menghijau di peringkat daerah dan kejiranan demi mencapai visi menjadikan Singapura sebuah 'Bandar dalam Taman'.Ia juga akan memperkenalkan habitat bandar ini yang menempatkan lebih banyak pepohon asal Singapura dan menambah kepelbagaian unggas seperti kupu-kupu dan burung enggang supaya rakyat dapat lebih dekat dengan alam semula jadi.
'Perhubungan dengan alam semula jadi secara lebih dekat setiap hari akan menjadi gaya hidup warga Singapura,' kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, semalam.- Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan tambahan kementeriannya kepada Ucapan Presiden dalam pembukaan sesi Parlimen ke-12, Isnin lalu.
Kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) itu menyenaraikan rancangan kementerian tersebut untuk tempoh lima tahun akan datang.- Menurut Encik Khaw, Singapura tidak lama lagi akan mempunyai ikon menghijau kelas dunia di Gardens by the Bay, selain Kebun Bunga di Cluny Road.
Kehijauan juga dapat dirasakan di pusat bandar Singapura dan estet-estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dengan penghubung taman akan disatukan dengan taman-taman dan kawasan-kawasan menghijau di estet-estet kejiranan.Encik Khaw berkata Koridor Landasan Kereta Api Tanah Melayu (KTM) merupakan satu contoh rakyat Singapura tampil bersama untuk mewujudkan kawasan menghijau di landasan tersebut.



Post a Comment