SUARA BEBAS TUARAN

UBF Tubuh Panel Tangani Isu ‘Tanah Adat dan NCR’?

Labels: ,

Baru-baru ini, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, Barisan Borneo Bersatu (UBF) telah memutuskan untuk membentuk satu penal khas bagi menangani masaalah tanah adat dan NCR.
Isu ini timbul sebagai tindak balas kepada rayuan yang dibuat oleh masyarakat Sabah yang merasa terpinggir kerana pemimpin-pemimpin dan Kerajaan Negeri gagal membantu mereka dalam isu
  • Menurut Jeffery setiap kali pasukan UBF mengadakan aktiviti bersama rakyat, isu yang sama diketengahkan oleh masyarakat tempatan di segenap pelusuk negeri Sabah. Ia itu, soal tanah mereka dirampas oleh syarikat besar.
  • Sebagai contoh, ketika UBF mengadakan perhimpunan Hari Malaysia di Tongod, penduduk kampung telah telah menyuarakan ketidak kepuasan mereka bilamana tanah yang mereka fohon sejak awal tahun 1990 tidak lulus tetapi sebalik nya tanah tersebut; seluas 20,000 dan 25,000 ekar di bagi kepada 2 buah syarikat tajaan kerajaan negeri Sabah.
Menurut sumber, sebahagian daripada pengarah di salah sebuah syarikat tersebut ada lah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik kanan UMNO dan UPKO.
Ironi nya, Tongod adalah kubu kuat BN dan UPKO. Sebagai pemimpin rakyat mereka sepatutnya memperjuangkan hak rakyat yang memilih mereka ketika PRU yang lalu.
  • Dalam pada itu, syarikat-syarikat itu disyaratkan lah mengecualikan, 'kampung kawasan', sekolah, gereja, tanah perkuburan dan semua tanah yang diusahakan oleh penduduk kampung sejak tahun 1970-an.
  • Malang nya syarat–syarat itu tidak dipatuhi. Mala pokok tanam tanaman Getah dan pokok buah-buahan yang ditanam oleh penduduk kampung sejak beberapa tahun yang lalu diranapkan oleh syarikat-syarikat tersebut.
  • Hari ini, 5 buah kampung dengan kira-kira 500 keluarga yang terlibat di Tongod menjadi 'setinggan' di tanah mereka sendiri. Tanah yang diusaha oleh nenek moyang mereka sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
  • Justeru, pemimpin-pemimpin dan Kerajaan Negeri gagal melindungi hak-hak tanah dan harapan, UBF tiada pilihan lain melainkan membentuk panel 'Tanah Adat dan NCR ' dengan tujuan memberi apa jua bentuk bantuan termasuk mendakwa Kerajaan Negeri di Mahkamah.
Sebelum ini, UBF telah menerima pelbagai aduan terutama sekali kes-kes tanah di Tongod, Bingkor, Kota Marudu, Kunak dan Pensiangan. Dalam pada itu, UBF merasakan bahawa hanya tindakan undang-undang sahaja opsyen yang dapat mengemblikan hak-hak kaum pribumi yang terlibat.
Untuk tujuan ini, Dr Jeffrey Kitingan syorkan kepada semua sukarelawan dan orang-orang yang berminat untuk menghubungi e-mel : secretariat.ubf@gmail.com atau pun telefon, 088-282108 and 016-8244250.
Sumber: UBF
6 comments:

harap panel tersebut mendapat sokongan dan berjaya tangan isu NCR.


harap penyelesaian terbaik berhubung isu-isu tanah adat akan dapat dicari dan kepentingan semua pihak akan terjaga dengan sebaiknya.


Baguslah kalau macam itu. Satu tindakkan yang baik oleh UBF untuk menubuhkan satu panel menangani masalah tanah adat ini.


Semoga UBF ini berjaya menangani isu Tanah adat dan NCR buat rakyat Sabah. Pemimpin kita perlulah berusaha lagi untuk mempertahankan hak rakyat terutamanya orang asli.


mungkin lebih baik jika UBF dapat bekerjasama dengan SUHAKAM bagi mengani masalah tanah ini kerana SUHAKAM lebih arif malah turut sama memfokuskan masalah seperti ini.


sepatutnya memang masanya sudah tiba atau awal awal lagi bah...
seperti sekarang ini, saya ada isu berkaitan tanah juga tapi tanah N.T. yang sudah lama saya beli tapi belum dapat di selasaikan hanya kerana pemilik bersama yang satu lagi tidak mahu menyerahkan geran tanah yang asal. jadi nama saya sampai sekarang belum dapat di daftarkan sebagai pemilik tanah tadi. jadi persoalan saya ialah macamana supaya perkara ini boleh di selasaikan dengan segera. adakah UBF atau sesiapa boleh membantu? bah bantulah...
emel ke : celvin5333@gmail.com
tq.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails