
Pada hari Jumaat lalu, Ahli Majlis tertinggi USBO telah mengadakan masyuarat bulanan dengan di pengurusikan oleh Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak selaku Presiden. Dalam ucapan alu-aluan ringkas nya, Salleh menegaskan bahawa kini USBO sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran; mahu pun dari dalam dan dari luar negara.Justeru, USBO perlu mengorak langkah kehadapan bagi menangani isu-isu semasa yang banyak berhubung kait dengan 'survival' pertubuhan tersebut.
Dalam masa yang sama, isu serius lagi sensitif, kehadiran PATI dinegeri ini juga dibincang dengan hangatnya. Dengan berpandukan kata-kata, ' yang benar ada lah betul dan yang salah tetap salah', AMT USBO dengan satu suara bertekad menolak sekeras-keras nya tuduhan bahawa USBO ada lah pelindung PATI dari filipina, sapertimana yang dilebalkan oleh golongan-golongan tertentu selama ini. - Dalam pada itu, USBO juga menentang dan tidak akan berkompromi dengan sebarang usaha untuk meletakkan warga USBO sebagai bukan penduduk asal di bumi Sabah ini.
Justeru, USBO bertekad serta merangka satu perancangan alternatif dengan berasaskan konsep transformai bersetuju untuk mengumpul data-data penting yang dikirakan boleh membantu proses mengasingkan identiti warga tempatan dan mereka yang berstatus PATI. Serta usaha mengenalpasti pendirian USBO dalam kontek Borneolisasi dan hal-hal yang berpautan.
Selain dari itu, USBO juga merangka serta menyusun strategi yang menganjakan lagi minda warga USBO diseluruh pelusuk negeri ini ketahap yang lebih matang dalam berhadapan dengan perubahan suasana global masa kini.- Untuk meralisasikan missi ini, USBO dijangka, akan turun padang bertemu masyarakat bagi menerangkan kedudukan dasar dan peranan penting warga USBO dalam kontek perkembangan arus perdana di Negara ini.
Dalam masyuarat tersebut, Salleh juga mengumumkan bahawa USBO sebagai NGO gabungan BN, mendapat restu bertemu PM Datuk Najib Abd Razak dalam sessi lawatan kehormat bersiri AMT, di Kuala Lumpur minggu depan.USBO sejurusnya akan menafaat peluang ini bertemu dengan Jemaah-Jemaah Menteri dari pelbagai kementerian, saperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri dan lain-lain Kementerian untuk tujuan lawatan kehormat, disamping menyampaikan hasrat dan syor yang di jangka boleh membantu masyarakat USBO di Sabah ini.
Dalam usaha menangani isu-isu penting yang dibendong oleh ahli selama ini, USBO telah meenyuntik nafas baru dengan menubuhkan beberapa buah biro sebagai agen pengerak dan elemen pelaksana dasar-dasar, missi dan visi pertubuhan tersebut.
- Antara lain, biro-biro tersebut ada lah;
- Sebaran awam, Bekalan Data dan ICT
- Usahawan Dan Hal-Ehwal Kontrak
- Hal Ehwal Pelanggan Dan Aduan Awam
- Kebudayaan sosial
- Institute Development Study (IDS) dan Hal Ehwal Pendidikan
- Ekonomi Pertanian Dan Perikanan
- Dan lain-lain biro yang dikira penting untuk masyarakat USBO
Dalam pada itu, USBO juga mengorak langkah secara agresif dengan menggunakan tekologi moden dalam pengumpulan data-data yang banyak berkaitan dengan hal ehwal warga nya saperti bilangan sebenar serta tahap pencapaian warga USBO dalam persanda pembangunan, pendidikan, ekonomi dan kebudayaan social di Sabah ini.Sumber: Rangkaian USBO



Post a Comment