SUARA BEBAS TUARAN

Walau Pun Lumpuh, Warga Emas Bersilat 20 Minit Melawan Pencuri Di Rumah

Walaupun menghidap penyakit lumpuh, seorang warga emas, Abdul Ghani Jusoh, 65 tahun terpaksa menggunakan kemahirannya bersilat selama 20 minit sebelum membuatkan penyamun bersenjatakan parang melarikan diri dalam kejadian di Kampung Gong Nangka, Apal, di Jerteh, Terengganu , baru-baru ini.
Dalam kejadian pada 11 malam itu, beliau bersama isterinya berusia 68 tahun sedang nyenyak tidur, apabila mereka dikejutkan dengan bunyi benda jatuh di dapur rumah. Pada mulanya, beliau menyangka bunyi itu berpunca daripada kucing peliharaannya yang sedang mengejar tikus.
  • Ghani terkejut apabila terserempak dengan seorang lelaki bersenjatakan parang di dapur rumahnya. Lelaki terbabit yang memegang sebilah parang terus menerkam Ghani dan berlaku pergelutan selama 20 minit yang menyebabkan beliau cedera di dada dan bahu kanan akibat terkena torehan parang lelaki itu.
  • Menurut Abdul Ghani, lelaki tersebut melarikan diri manakala beliau dikejarkan ke Hospital Besut oleh jiran sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. Luka di dada dan bahu Ghani akibat pergelutan itu, menerima 10 jahitan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Kamaruddin Zakaria (gambar kiri), berkata polis yang dimaklumkan kejadian itu bertindak pantas berusaha mengesan suspek, sebelum menahannya dengan bantuan penduduk dan Unit Kawalan Kampung Bukit Kenak, di sini, pada 8 pagi kelmarin.
Menurut Kamaruddin, suspek, yang dalam keadaan keletihan dan bersama dua bilah parang, ditemui dalam semak di Kampung Bukit Kenak, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian. Parang-parang itu dipercayai diambil dari rumah mangsa ketika memecah masuk rumah tersebut.
Sumber: Harian Metro
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails