
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan wujudnya usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dengan penahanan 13 anggota kumpulan itu sejak Isnin lepas. beliau berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.Penangkapan ini dibuat berdasarkan kepada risikan dan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak polis, didapati ada usaha-usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah.
- Disamping hasil daripada siasatan dan pemantauan rapi itu, pada 14 hingga 16 November lepas, polis telah melancarkan operasi dan menangkap tujuh warganegara Malaysia dan enam warganegara asing, kata Ismail dalam kenyataan di sini, Khamis.
- Ismail berkata, kesemua mereka kini ditahan di Sabah di bawah Seksyen 73 (1)Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti dan nama kumpulan militan itu.
Menurut sumber sebelum ini sebagai melaporkan polis telah menahan 13 anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.Difahamkan, kumpulan militan berkenaan menggunakan Tawau sebagai lokasi transit untuk pengumpulan senjata yang diperoleh dari selatan Filipina.



November 24, 2011 10:45 AM
These 13 individuals must be investigated and monitored to prevent any unwanted incidents from occuring.
November 24, 2011 10:46 AM
The government and authorities needs to give serious attention to this issue as it poses a threat to the locals and the state.
November 24, 2011 11:10 AM
ini yang amat merisaukan, kehadiran militan akan mengamcam keselamatan negara. kita harus membanteras kegiatan ini.
November 24, 2011 1:07 PM
harap keselamatan negara akan sentiasa terjaga dan pihak polis menjalankan tugas dengan sebaiknya.
November 24, 2011 3:56 PM
malangnya ada pihak yang cuba membela nasib semua anggota militan ini tanpa melihat atau menyiasat kenapa mereka ini ditahan dibawah akta ISA..
November 24, 2011 4:01 PM
bahaya ni jika Sabah akan jadi markas kegiatan gerakan militan. PATI pun sudah ramai di Sabah. pasti dengan mudah mereka boleh mempengaruhi dan menambah keahlian. tapi mujurlah cepat dikesan.
November 24, 2011 4:03 PM
tapi hairan bagaimana mereka boleh seludup masuk senjata berbahaya dengan mudah ke Sabah ni?
November 26, 2011 9:07 AM
Janganlah..Tidak perlulah menubuhkan semula Gerakan Militan. Ini bukan perkara yang baik perlu untuk Sabah.
Post a Comment