SUARA BEBAS TUARAN

Banjir Tahun Ini Dijangka Lebih Buruk


Beikutan ramalan Jabatan Meteorologi bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia selain Sabah dan Sarawak akan menerima lebihan hujan antara 20 dan 40 peratus berbanding tahun lepas dalam tempoh antara November ini hingga Mac tahun hadapan.
Justeru, orang ramai di seluruh negara terutama di negeri-negeri yang kerap dilanda banjir perlu bersiap sedia dengan baik dan lebih awal pada tahun ini.
  • Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negeri-negeri yang dijangka menerima hujan yang tinggi ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Kedah, Wilayah Persekutuan dan Sabah.
  • Tambah beliau, keadaan juga kata beliau mungkin diburukkan dengan Fenomena air pasang besar pula diramalkan akan berlaku pada 25 Dis ini dan 23 Jan tahun depan.
  • Bagi menghadapi kemungkinan banjir yang lebih buruk katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyenaraikan 5,156 buah pusat pemindahan yang boleh menampung 1.4 juta mangsa banjir di seluruh negara.
  • Muhyiddin berkata aset seperti bot penyelamat, trak, kenderaan pacuan empat roda, helikopter, pam air dan set janakuasa elektrik diletakkan di tempat-tempat strategik iaitu berdekatan dengan kawasan yang berisiko banjir, bagi memudahkan ia digerakkan bagi tujuan menyelamatkan mangsa banjir.
  • Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diminta untuk melaksanakan penyelenggaraan terhadap sungai dan longkang supaya ia tidak tersumbat bagi menghadapi musim tengkujuh ini terutamanya di kawasan yang berisiko dilanda banjir.
Kementerian Pelajaran pula telah mengaktifkan persediaan menghadapi banjir di sekolah-sekolah yang terlibat, kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
Dewan-dewan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia adalah di tingkat satu bangunan sekolah terutama sekali bagi pusat-pusat peperiksaan yang diramal berisiko dilanda banjir, katanya.
Sumber: mynewshub...Baca selanjutnya
0 comments:

Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails