SUARA BEBAS TUARAN

Bilakah PM Umumkan Projek Pelaburan Bernilai Bilion Di ‘Malaysian Borneo’?


Sessi Pandangan Solymone
Dengan mengambil kira situasi politik yang tidak menentu di Semenanjung, hampir-hampir semua aktivist politik, percaya kemenangan mudah BN pada PRU13 ini hanya akan tercapai kira kerusi Parlimen sebanyak 51 di Malaysian Borneo (Sabah dan Sarawak) itu berpehak kepada BN. Ia itu sebanyak 25 Sabah dan 31 di Sarawak. Sebagai rekod, 2 dari pada kerusi Parlimen Sarawak sedang dimiliki oleh DAP.
Justeru, percaturan politik BN di Malaysian Borneo ini kena lah lebih diplomatik, terutama sekali isu-isu sumbangan peruntukan dan pelaburan kerajaan perseketuan dalam berbagai aspek sebelum menjelang PRU13 nanti.
  • Kerana kalau isu-isu ini tidak diselengarakan dengan teliti dan sebaik mungkin, pasti nya kelemahan ini akan membuka ruang luas untuk parti pembangkang menekankan bahawa BN tidak serius dalam usaha mengimbangkan agihan peluang kepada rakyat disini berbanding dengan rakan sekutu mereka di Semenanjung.
  • Apa lagi bila memikirkan bajet 2012 tidak begitu memehak kepada rakyat luar bandar Sabah dan Sarawak...Dari sumber media massa alternatif yang sering kali di dipublisiti kan disini, hanya kumpulan yang tertentu sahaja yang mendapat manafaat sepenuhnya dari bajet tersebut.
Dalam pada itu, pada khamis ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan berupa pelaburan sebanyak 5.85 bilion dengan tujuan mengemas kini kemajuan Program Transformasi Ekonomi (ETP) ke sembilan yang terdiri daripada 13 projek, iaitu sembilan projek baharu dan empat projek dipulihkan semula.
Kesemua 13 projek itu dijangka mengunjurkan RM8.68 bilion kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI), dengan mewujudkan kira-kira 16,902 pekerjaan.
Antara projek baharu ialah;
  • 1) Oleh syarikat antarabangsa seperti IBM Corporation, Toshiba Corporation dan Akamai Technologies.
  1. IBM, satu syarikat Fortune 500 akan melabur RM1 bilion di dalam Pusat Perkhidmatan Teknologi Globalnya di Cyberjaya dalam tempoh lima tahun akan datang.
  2. IBM, yang akan bekerja rapat dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC), akan mengambil seramai 3,000 pekerja mahir.
  • 2) Satu lagi syarikat Fortune 500, Toshiba memindahkan ibu pejabat operasi serantaunya ke Malaysia.
    Dengan pelaburan RM268 juta, inisiatif itu dijangka menyumbang kira-kira RM304.8 juta pada GNI dan mewujudkan 668 pekerjaan menjelang 2017.
  • 3) Akamai Technologies, satu syarikat yang sedang meningkat naik dan berpangkalan di AS, akan bekerjasama dengan Telekom Malaysia bagi melaksanakan projek Netstorage yang akan menjana RM3.53 juta kepada GNI menjelang 2013.
  • Projek lain yang diumumkan terlibat dalam sektor penjagaan kesihatan, pertanian, pendidikan, elektronik dan elektrik serta perkhidmatan manakala yang sedang dilaksanakan ialah di dalam sektor minyak sawit, aeroangkasa dan minyak dan gas.
Dengan pelaksanaan kesemua projek baharu, ETP itu mencatatkan komitmen pelaburan RM177.1 bilion, RM237.23 bilion di segi unjuran GNI dan 389,263 potensi pekerjaan baharu. Sehingga Jun 2011, pelaburan swasta RM51.2 bilion telah pun dilaburkan ke dalam ekonomi negara.
Pada masa yang sama, dalam tempoh 12 bulan, sebanyak 97 projek bawah ETP sedang dalam pelbagai fasa perlaksanaan.

Komen Solymone
Apa yang menarik disini, semua sektor pelaburan ini hanya berligar-ligar di Semenanjung. Manakala pengelibatan Sabah dan Sarawak tidak disentuh...Sebanyakmana atau bila kah peluang-peluang besar lagi hebat ini melimpah disini?
Sama ada Najib atau pun penasihat beliau dari semenanjug terlepas pandang atau pun ‘ take for granted’ rakyat di Malaysian Borneo tidak pekah terhadap hal-hal saperti ini. Walhal pada hakikat nya, rakyat disini telah lama kehausan menanti program mega saperti ini disalurkan disini.
  • Sabah dan Sarawak mempunyai tanah yang luas, tenaga pekerja mahir lagi mesra dan faciliti pengangkutan yang mudah dikemas kinikan.
  • Saya pernah mendengar pandangan pehak Pakatan Rakyat bahawa kalau mereka dibagi mandat oleh rakyat Malaysian Borneo memegang tampok kerajaan , mereka akan melakukan sesuatu yang lebih baik dari BN dengan memberi Autonomi disamping memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat Malaysian Borneo dalam pengurusan ala-tuju negeri mereka sendiri.
  • Sama ada janji ini satu kebenaran atau pun sekadar gimik, sekurang-kurang nya ada sesuatu yang rakyat disini impikan.
Sumber: BERNAMA, Agensi
7 comments:

Harap lebih banyak projek akan dijalankan di Sabah dan Sarawak dan bukan hanya di Semenanjung sahaja.


Sabah juga berhak untuk mendapatkan projek pelaburan demi pembagunan ekonomi negeri kita.


kerajaan persekutuan terpaksa berhati2 apabila hendak melaksanakan projek mega atau melaksanakan komitmen pelaburan mereka di negeri ini kerana usaha seperti itu seringkali dikaitkan dengan kroni dan rampasan tanah.


Malaysian Borneo dianak tirikan??


masih banyak pembangunan yang perlu dilakukan untuk membangunkan Sabah..


semoga usaha untuk membangunkan Sabah akan dilakukan dengan lebih giat lagi...


Itulah yang kita mahukan. Peruntukan yang besar untuk membangunkan Sabah dan Sarawak..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails