
Baru-baru ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata kerajaan negeri kini berjaya menjadikan Sabah dalam pengekalan program hutannya selari dengan pembangunan ekonomi yang merupakan penanda aras penting hal pentadbiran sedia ada.Kata beliau, pencapaian berkenaan juga telah membuktikan bahawa Kerajaan Negeri berupaya membangunkan ekonomi di sini tanpa menjejaskan khazanah atau kawasan hutan.
Menurut Musa, pihaknya akan terus mengekalkan momentum untuk menjayakan program pengurusan hutan mapan selaras dengan pembangunan dan peningkatan ekonomi di negeri Sabah terus bergerak maju ke hadapan.- Kata Musa Perkara ini bukan hanya sekadar omong kosong namun terbukti berjaya mengekalkan 53 peratus kawasan hutan dilindungi dan dalam masa sama mampu meneruskan pelbagai projek ekonomi dalam Pembangunan Koridor Sabah (SDC) yang kini dilaksana.
- Musa berkata demikian ketika berucap sempena perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Pembangunan dan Ekonomi Hijau: Melibatkan Perniagaan Untuk Alam Sekitar `Heart of Borneo’ di Magellan Sutera di Kota Kinabalu.
- Musa berkata, kejayaan Sabah juga boleh dilihat menerusi projek Ulu Segama-Malua di kawasan
seluas 240,000 hektar yang diwujudkan khusus bagi konservasi Orang Utan dan pengurusan hutan semulajadi. - Menurutnya, kerajaan menghargai kerja keras SFD untuk terus berusaha menjayakan program Pengurusan Hutan Mapan (SFM) di seluruh Sabah.
Kata Musa selanjutnya, program itu bukan sahaja menghasilkan keputusan positif dalam melindungi kawasan hutan dan kepelbagaian bio, tetapi ia juga cara ke hadapan ke arah merealisasikan ekonomi hijau.Justeru, melalui pendekatan ini, negeri dapat menjana ilmu mengenai penggunaan hutan pelbagai, menggerakkan pelaburan awam dan swasta dan melibatkan diri dalam pelbagai inisiatif untuk melindungi hutan, ujarnya.
*********************************************************************************

Sessi pandangan Solymone
Apa yang menarik di sini, semua diperkatakan itu ada lah berasaskan fakta yang di illustrasikan dalam kertas dengan bantuan exhibit yang changih lagi tersusun rapi.Namun, tidak semesti nya semua yang diperkatakan menggambarkan situasi sebenarnya terjadi di lokasi, kawasan tersebut.
Penerangan demi penjelasan dibuat semata-mata untuk mengaburkan mata disamping mempengaruh pendengar bahawa Sabah ada lah negeri ‘mesra alam’ disamping kemampuan kerajaan nya, melindung khazanah hutan. Sehinggakan mampu mengekalkan 53 peratus kawasan hutan.
Yang cuba di potrietkan disini hanya lah kawasan perlindungan hutan belantara Taman Banjaran Crocker, Taman Kinabalu, Kawasan Lindungan Hutan Lembah Danum, kawasan Lindungan Hidupan Liar Tabin, kawasan Pemuliharan, Kawasan Lindungan Hidupan Liar Kulamba, Taman Bukit-bukau Tawau dan Ulu Segama-Malua.
Malang nya, para pengunjung dan pendengar tidak sedar bahawa banyak lagi kawasan hutan yang telah dimusnahkan untuk tujuan penanaman pokok kelapa sawit dan getah. - Sudah pasti nya kawasan tersebut tidak di tayangkan kepada pelawat untuk tontonan sebanyakmana kah kawasan hutan yang lain selamat dari permusnahan serta pencemaran.
- Pencemaran dari aspek pemotongan kayu yang berluasa, hakisan dan situasi kehuru-haran Habitat yang pernah bermastautin di sana; saperti gajah pygmy, Badak Sumbuh, Monyet, Rusa dan Kijang dan lain-lain species mergastua yang ada.
Menurut lapuran WWF yang mengendalikan kawasan menerusi satellite google earth, kelihatan banyak kawasan hutan di Sabah dan juga Sarawak telah di terokai oleh kerajaan sehinggakan ia nya akan pupus pada suatu ketika nanti.- Dalam pada itu, permatologist Perancis Dr Ancrenaz yang pernah buat kajian selama 15 tahun di Sabah berkata walaupun lembah Kinabatangan mempunyai hutan simpanan khas untuk Mergastua sebanyak 26,000 hektar namun ukuran sebenar nya ada lah
kecil, kerana ia nya di pisahkan oleh saliran air, Jalanraya dan perladangan. - Justeru, kumpulan orang Utan disitu telah dipisahkan kepada 20 unit yang berbeza, kata Ancrenaz.
- Selanjut nya Dr Ancrenaz menyatakan bahawa monyet jenis ‘ proboscis’ juga mengalami situasi yang sama saperti yang berlaku pada orang Utan.
- Dalam lima tahun terakhir, sekurang-kurang nya 10 peratus monyet itu telah pupus disebabkan oleh pencemaran dan gangguan yang drastik terhadap hutan simpanan tersebut.
Harapan kita, pemimpin yang diberi kuasa melindungi alam diSabah ini melakukan yang terbaik dengan jujur lagi telus. Bukan sekadar mengutamakan keuntungan kerajaan dan persendirian.kerana impak kegagalan mereka meresikokan keadaan alam. Bukan sekadar kepada kita di Sabah ini tetapi semua umat didunia yang sedang berhadapan dengan fenomena pemanasan dunia yang membara masa kini.



November 19, 2011 10:06 AM
mungkin betul...
November 24, 2011 10:43 AM
Hope that the government will be more sincere in ensuring that the forestry reserves efforts are thorough and no areas are neglected for the sake of developments.
November 24, 2011 10:43 AM
Keep up the efforts towards a greener Sabah. Green technology and green economy should be the priorities of our state.
November 24, 2011 11:20 AM
usaha memulihara hutan dan alam sekitar perlu dilakukan. ia adalah salah satu produk pelancongan di Sabah.
November 24, 2011 3:51 PM
tarikan utama pelancong untuk datang ke negeri ini ialah faktor flora dan fauna serta pulau.. jika semua aset pelancongan itu sedang atau telah terancam, kerajaan negeri tidak akan berpeluang merekodkan peningkatan jumlah pelancong yang datang ke negeri ini setiap tahun..
November 24, 2011 3:57 PM
tahniah atas pencapaian yang dikecapi setakat ini. mungkin kerajaan masih perlu memberi perhatian kepada baki 47% yang tidak tercapai.
November 26, 2011 9:02 AM
Tidak dinafikan masih ada kawasan hutan yang tidak mendapat perhatian, harap kerajaan akan memastikan usaha pemuliharaan hutan ini akan menjaga semua kawasan.
November 26, 2011 9:05 AM
Yang penting kerajaan ada membuat rizad hutan untuk mengekalkannya alam yang terdapat di Sabah.
Post a Comment