
Selalu nya kita jarang mendengar mereka yang berkelulusan Jurutera maseh menganggur lagi di negeri ini. Kerana jurusan saperti ini ada lah 'marketable', mahu pun di sektor kerajaan atau pun swasta. Apa lagi bila memikirkan saban hari pemimpin-pemimpin negeri kita melaung-laungkan kedudukan kewangaan negeri kita kukuh... Sekukuh Gunung Kinabalu.Kata mereka, Dana negeri mempunyai simpanan 'surplus' sebanyak RM2 Billion.
Namun baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita bahawa seramai 1,000 Jurutera Awam (pelbagai bidang) keluaran Universiti tempatan dan luar negara di Sabah maseh menganggur sejak 2004 kerana tidak mendapat peluang berkhidmat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air dan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Sabah.
- Macam mana bilangan Jurutera-Jurutera sebanyak ini tercicir dari sebarang pekerjaan yang setimpal, ada lah satu isu yang mengheran lagi membimbangkan.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak memberi peluang kepada Jurutera tempat untuk diserapkan bertugas di kementerian tetapi disebalik nya KKLA melantik Juruperunding Swasta sebagai penyelia projek KKLW di Sabah .- Jabatan Pembangunan Negeri juga melakukan skim yang sama saperti KKLW, menggunakan khidmat Jurutera Perunding sebagai perancang dan penyelian projek .
Dilapurkan bahawa dalam temuduga baru-baru ini, hanya 18 orang daripada lebih 1,000 Jurutera bertauliah yang mendapat peluang bekerja dengan Jabatan Kerja Raya (JKR), selebihnya gagal dan maseh lagi dalam kategori menganggur.Justifikasi mengapa JKR sekadar ini hanya memerlukan 18 orang Jurutera ia lah disebabkan tidak banyak projek-projek kerajaan negeri atau pun kerajaan perseketuan yang mereka kendali buat masa ini.
Sehubungan itu, kumpulan Jurutera yang gagal mendapat tempat di JKR itu, merayu agar kerajaan negeri melalui Jabatan Pembangunan Negeri Sabah atau pun Kerajaan Persekutuan pusat menyerahkan semua Projek Pembangunan yang diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah di serahkan kepada Jabatan Kerjaraya, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Air dan Jabatan teknikal yang berkenaan agar khidmat Jurutera-Jurutera tersebut dapat diserapkan dalam perkhidmatan kerajaan demi untuk membantu membangunkan negeri ini.- Dalam keadaan yang amat perit menjalani kehidupan, Jurutera-Jurutera tersebut terpaksa membayar balik pinjaman PTPTN, disamping terpaksa membayar tanah yang digadaikan ibubapa mereka sebagai asas pembelanjan mereka untuk memperoleh ijazah didalam dan diluar negara.
- Dalam rumusan mereka, kos pembayaran ‘service charge ‘ kepada Jurutera Perunding Awam tersebut boleh menampung pekerjaan Sebanyak 2,000 jurutera di Malaysia ini. Justeru sekali gus memberi peluang kepada Jurutera-Jurutera tempatan yang gagal dalam temuduga JKR tersebut.
Salah seorang Jurutera yang gagal dalam temuduga tersebut merasakan nasib beliau dan rakan-rakan sungguh malang. Mala lebih malang daripada peminta sedekah dan penjaja haram yang sering diburu oleh pihak berkuasa. Walhal disamping berkelayakan mereka ini ada lah penggundi berdaftar dalam pilihanraya sejak tahun yang lalu.



November 15, 2011 9:58 AM
Jika gagal dalam sektor awam, terpaksalah cari tugas dalam sektor swasta. Takkan mahu terus menggangur sahaja? Berusahalah.
November 15, 2011 9:59 AM
Semoga mereka yang masih menggangur ini akan mendapat pekerjaan yang sesuai untuk kelayakan mereka.
November 15, 2011 10:38 AM
kalau hanya bergantung dengan satu pilihan, memang sampai bila2 pun susah mahu dapat kerja.. kalau begitu saya juga mahu kerja dengan jabatan kerajaan,, dan begitu juga dengan lepasan universiti yang lain.. jika hanya itu pilihan yang ada..
November 15, 2011 11:29 AM
peluang bukan hanya terdapat di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air dan Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Sabah. graduan2 dalam bidang apa sekalipun perlu menimba pengalaman dalam apa2 pekerjaan sementara menunggu yang bersesuaian dengan kelayakan.
November 15, 2011 11:39 AM
mendapat pekerjaan dalam kerajaan perlu melalui pelbagai tapisan seperti ujian dan temuduga. kadang2 temuduga dibuat lebih dari sekali. ini untuk mendapatkan calon yang benar2 berkualiti. dalam kes temuduga 1000 orang jurutera yang akhirnya hanya 18 orang terpilih kemungkinan disebabkan bilangan kekosongan jawatan yang ada atau hanya itu yang benar2 berkelayakan dan menepati kriteria.
November 15, 2011 1:13 PM
jangan hanya berharap dengan satu pilihan saja untuk mendapat pekerjaan. cuba cari peluang di sektor swasta...
November 15, 2011 1:14 PM
apa pun, setiap graduan perlu sentiasa berusaha dan jangan mudah putus asa untuk mencari pekerjaan.
November 15, 2011 2:03 PM
Masih banyak kerja disektor swasta. Tidakkan mahu tunggu dapat kementerian saja.
November 15, 2011 7:18 PM
Apa-apa pun thanks kerana sudi memberi komen
However, mungkin para pengomen disini tidak tahu atau pura-pura tidak tahu bahawa hingga setakat ini,sebanyak lebih kurang 30,0000 graduan yang maseh menganggur atau pun belum mendapat pekerjaan tetap yang setimpal dengan kelayakan mereka. Justeru ada dikalangan mereka yang berhijrah ke semenanjung dan luar negara saperti Australia dan Canada (brain draining).
Dalam pada itu, mungkin pengomen tidak membaca isi kandungan ini dengan betul bahawa ada di kalangan Jurutera ini telah berusaha mencari pekerjaan yang sesuai sejak tahun 2004. Namun gagal.
Disamping itu, pengomen tidak memahami penilaian jurusan yang penting untuk diguna pakai demi untuk membantu membangun negeri serta negara...Jurusan Jurutera ini salah satu dari kategori tersebut.
Mungkin juga pengomen yang berkenaan disini terdiri dari golongan anak-anak orang kaya yang tak perlu meminjam ‘loan’ sekira nya tidak mendapat biasiswa, disamping bantuan dari ibu bapa yang kurang mampu sehingga mengadai tanah dengan impian satu hari anak mereka ini akan menebus hutang kira nya mereka berjaya mendapat pekerjaan yang setimpal.
Apa yang pengomen asek nasihat para penganggur yang berkelayan tinggi ini, ia lah untuk cari sebarang pekerjaan semantara (saperti buruh binaan , peneroka tanah yang sudah dirampas dan lain-lain pekerjaan yang sewaktu dengan nya) sementara menunggu pekerjaan yang tetap..kalau ada!!
Satu yang pengomen mungkin lupa bahawa pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan ada lah berpunca dari perancangan yang kemas lagi bijak kerajaan dan pemimpin-pemimpin yang pengomen agung-agungkan selama ini ‘ to create job.’ Kurangkan pembajiran dengan melaksanakan projek-projek yang tidak ‘people friendly’ sabagai contoh; pejabat Ketua Menteri yang memakan belanja sebanyak hampir-hampir setengah billion.
Mengapa mesti saving (atau surpulas selepas membayar hutang) wang rakyat sebanyak 2 billion di DANA kerajaan negeri atau DANA para pemimpin itu sendiri? Kenapa tidak di suntik dalam proses ekonomi negeri “ in order to create more Job opportunity ? Otherwise they are just piece of papers."
Sedangkan tahun seterus nya kerajaan maseh boleh mendapat kewangan tambahan dari ‘taxes collection’ dari rakyat.
Untuk rekod, kerajaan negeri mengumpulkan sebanyak 4 billion setahun ( 2 bil dari perseketuan dan 2 bil dari kerajaan negeri itu sendiri).
Selanjutnya, kerajaan perseketuan mengumpul cukai sebanyak 13 billion dari Sabah setahun. Hanya 2 bil yang dikembalikan kepada Sabah.
Pengomen perlu ingat demonstrasi di Egypt, Yemen, Syria dan Libya' berpunca dari hal-hal saperti ini!!!
Fikir-fikirkan lah
Post a Comment