SUARA BEBAS TUARAN

Hanya Mereka Yang Berhak Pinjam Wang KWSP RM55bil Tanpa Jaminan


Nampak nya skim pinjaman untuk orang-orang tertentu diperingkat atasan mendapat kelulusan dengan mudah lagi lumayan tanpa jaminan kerajaan. Sehinggakan mereka diberi keutaman untuk meminjam berbillion-billion ringgit.
Sedangkan usahawan kecil-kecilan sekadar memohon pinjaman puluhan ribu atau pun ratusan ringgit ribu sahaja terpaksa melalui cabaran rumit untuk mendapat kelulusan dari badan agensi kewangan saperti Bank dan sebagainya.

Walau pun pada dasar nya kerajaan mengalakkan golongan bumiputera (terutama sekali belia yang berpendidikan asas) untuk mencebur diri dalam bidang perniagaan dan perusahawan, namun kerana ketiadaan wang modal permulaan yang cukup, akhir nya cita-cita itu terkandas dipersimpangan jalan.
  • Seringkali kita mendengar ceramah-ceramah pemimpin yang mengalakan kan anak-anak muda untuk memulakan perniagaan dan perusahawan dengan bantuan kerajaan melalui skim-skim pinjaman sebagai modal.
    Tetapi pada hakikatnya setelah anak-anak muda ini bertemu sendiri dengan pegawai-pegawai yang ditugaskan untuk memproseskan permohonan dan seterusnya pegawai kanan yang diberi kuasa untuk meluluskan, cerita nya jauh berbeza...Terlalu banyak rintangan bureaucrat yang perlu ditangani sehinggakan inisiatif dan harapan anak-anak muda untuk meneruskan usaha dalam bidang yang dimaksudkan terpaksa dinoktahkan disitu.
Akhir nya, mereka dikategorikan sebagai golongan penganggur yang bertauliah kerana mereka ini sememang nya berkelayakan dalam jurusan-jurusan yang diperlukan.
Dalam pada itu, terdapat sebilangan kecil dikalangan itu bernasib baik kerana atas sokongan dari keluarga mereka yang mempunyai kuasa, justeru mereka mendapat kelulusan dan selanjut nya meneruskan program dalam bidang perniagaan atau pun perusahawan tersebut.

Lapuran Audit Negara - KWSP Lulus Pinjaman RM55b Tanpa Jaminan kerajaan

Apa yang menarik disini, baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meluluskan pinjaman bernilai RM55.1 bilion tanpa sokongan jaminan kerajaan.
Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.
Walau macamanapun, daripada 12 baki penghutang tersebut, dua daripadanya dikecualikan daripada jaminan kerajaan kerana mereka mempunyai penarafan kredit yang tinggi. Pinjaman kepada kedua-dua pihak berkenaan berjumlah RM7.3 bilion.
  • (Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Khazanah Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad).
  • Menurut Laporan Kedua Audit Negara itu lagi, KWSP juga telah meluluskan 15 pinjaman bernilai RM35.69 bilion sehingga 31 Disember 2010.
  • Daripada 15 pinjaman yang diberikan - menurut laporan itu - dua diluluskan kepada syarikat bukan subsidiari kerajaan walaupun mempunyai jaminan kerajaan - masing-masing bernilai RM1.24 bilion dan RM5 bilion.
    (Penjelasan dalam laporan maklum balas Perbendaharaan terhadap isu utama dalam laporan Ketua Audit Negeri mengenai aktiviti badan berkanun bagi 2010 - menyebut kedua-duanya ialah Assets Global Network [AGN] dan Valuecap Sdn Bhd.)
  • KWSP menjelaskan AGN dimiliki sepenuhnya Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan oleh itu, merupakan syarikat subsidiari kerajaan.
  • Valuecap dimiliki oleh tiga syarikat induk, iaitu Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan masing-masing memerang peratus kepentingan yang sama.
  • Menurut penjelasan itu lagi, Valuecap adalah mirip kepada agensi kerajaan memandangkan dua daripada pemegang sahamnya adalah merupakan agensi kerajaan.
Sebagai kesimpulan dan moral yang kita pelajari disini; ada diantara kita rakyat Malaysia yang ditentukan untuk bernasib baik. Manakala yang lain, hanya lah sekadar sebagai pemerhati...Walau pun pada hakikat nya, kita juga mampu dan berupaya melaksanakan aktiviti yang mereka lakukan selama ini.
Apa-apa pun, kita doakan bersama agar perbuatan saperti ini tidak memudratkan ekonomi Malaysia kearah muflis.
Sumber: MalaysiaKini, Agensi
9 comments:

Perkara ini wajar diberikan perhatian yang serius, Wang KWSP ini tidak sepatutnya dipinjamkan kepada mereka dengan begitu senang.


Harap perkara ini akan disiasat dengan mendalam dan penjelasan akan diberikan.


semoga semuanya diuruskan dengan sebaiknya dan bantuan dan bimbingan untuk golongan muda menceburkan diri dalam perniagaan atau keusahawanan akan digiatkan lagi.


sepertimana yang telah dijelaskan oleh pihak KWSP bahawa pinjaman tanpa jaminan kerajaan itu diluluskan mengikut bidang kuasa seperti diperuntukkan di bawah Akta KWSP 1991..

13 pinjaman itu terdiri daripada pinjaman secara langsung kepada kerajaan, sekuriti yang disokong kerajaan dan kertas bertaraf AAA yang tidak memerlukan jaminan kerajaan..

Dalam menilai permohonan pinjaman, KWSP akan memastikan setiap bakal peminjam yang berpotensi mempunyai keupayaan bayaran balik yang kukuh, aturan jaminan yang baik dan pulangan yang setimpal dengan profil risiko.


tidak mustahil jika selepas ini anak2 muda bertambah sukar untuk memohon pinjaman perniagaan kerana telah banyak kes dimana mereka tidak mampu membayar balik semula pinjaman itu, malah ada yang menyalahgunakan pinjaman tersebut untuk bermewah. semua ini didedahkan sendiri oleh usahawan katering dari Sandakan baru2 ini..


wang KWSP adalah wang pekerja, ia tak boleh dgunakan dgn sesuka hati.


kadang2 saya tidak berpuas hati dengan mereka yang mendapat peluang untuk bekerja dalam sektor kerajaan semata2 kerana ada 'orang dalam' yang membantu mereka. mungkin begitulah juga dalam soal urusan2 yang lain seperti pinjaman ini.


Rasanya kalau memang sukar buat pinjaman untuk jalankan sesuatu perniagaan, gunalah dulu modal sekecil manapun. jika ada usaha pasti jumlah yang kecil tu boleh berlipat kali ganda jadinya kelak. lagipun, banyak juga agensi lain boleh buat pinjaman. itulah cuma hati2 dengan kadar bunga yang akan dikenakan kemudian.


Jika kelakuan peminjam sekarang ini berterusan maka tertambah sukarlah untuk generasi peminjam akan datang untuk melakukan pinjaman kerana pengajaran mengajar mereka.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails